MUIP sedia bantu bekas ahli GISBH

KUANTAN – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengesan satu pasangan mempunyai 13 anak tetapi tidak mempunyai tempat tinggal dan sumber pendapatan selepas tindakan tegas diambil pihak berkuasa terhadap kumpulan GISB Holdings (GISBH).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, pihaknya kini berbincang untuk menentukan bentuk bantuan sesuai buat keluarga tersebut, selain memantau pergerakan keluarga itu dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang.

“Sebagai permulaan, kita akan bantu dari sudut penginapan, keperluan bulanan dan (seterusnya) cuba membina semula ekonomi keluarga ini dalam tempoh enam bulan.

“Niat kita hanya untuk membantu keluar daripada kesempitan.

“Kita berharap mereka dapat memulakan kehidupan baharu yang lebih baik, bebas daripada pengaruh pihak yang dilarang dan kita memantau mereka,” katanya.

Asmadi turut menyatakan kesediaan MUIP membantu bekas ahli GISBH lain yang dibebaskan daripada siasatan pihak berkuasa bagi meringankan beban hidup mereka.

Jelasnya, bekas ahli yang kehilangan sumber pendapatan layak menerima bantuan kewangan secara bulanan dan menerima bantuan sekali bayar.

“Bagi keluarga besar, terutamanya ibu tunggal dengan tanggungan ramai, mereka layak menerima bantuan keperluan bulanan dan tempat tinggal.

“Namun, beberapa syarat perlu dipenuhi seperti mereka mesti bebas daripada dakwaan mahkamah berkaitan GISBH dan tidak lagi mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut,” katanya.

Related Posts

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

SARATOK — Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dalam satu operasi di Kabong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran