Surat Saravanan akan dirujuk kepada SPRM – PM

BUTTERWORTH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan surat dikemukakan bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkaitan kes yang dihadapinya akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk penelitian.

Anwar berkata, beliau belum menerima surat berkenaan namun akan mengambil tindakan sewajarnya dengan merujuk kandungannya kepada pihak berkuasa berkaitan selepas menerimanya.

“Ya, itu perkara biasa. Saya sedang menunggu surat itu. Apabila sampai kepada saya, ia bukan urusan saya.

“Saya akan rujuk kepada SPRM atau kementerian berkaitan untuk mereka teliti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Saravanan sebelum ini menafikan dakwaan terhadapnya dan menyifatkan tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM1.097 juta sebagai satu tuduhan liar.

Anwar pada masa sama mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang kesimpulan berhubung kes berkenaan kerana proses siasatan serta pendakwaan masih berjalan.

Katanya, segala proses perundangan perlu dihormati sehingga mahkamah membuat keputusan muktamad.

“Kita mesti beri ruang kepada siasatan diteruskan, begitu juga pendakwaan dan prosesnya, dan jangan membuat sebarang kenyataan kerana perkara itu belum pasti sehingga diputuskan oleh mahkamah,” katanya.

Saravanan sebelum ini dilaporkan mengutus surat kepada Perdana Menteri bagi memohon supaya kes berkenaan diteliti dan dipercepatkan.

Beliau turut menjelaskan permintaan itu bukan bertujuan mendapatkan campur tangan Anwar dalam urusan SPRM.

“Saya bukan minta Perdana Menteri mengawal SPRM. Saya minta beliau membantu meneliti kes ini kerana saya memang tidak terbabit langsung,” katanya.

Saravanan juga memohon supaya prosiding terhadapnya dapat dipercepatkan dan dibicarakan dalam tempoh terdekat, dengan alasan kes itu memberi kesan terhadap kedudukannya sebagai wakil rakyat dan Timbalan Presiden MIC.

Related Posts

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

BENTONG – Kemerdekaan tidak seharusnya hanya difahami sebagai kebebasan daripada penjajahan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui penguasaan ilmu dan pendidikan bagi membolehkan masyarakat Orang Asli menentukan masa depan serta bersaing dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

KOTA KINABALU – Sebanyak 202 rumah terjejas manakala 134 mangsa daripada 40 Ketua Isi Rumah (KIR) dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan kebakaran besar membabitkan perkampungan atas air…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

  • By Ezmie
  • August 30, 2026
Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

USIM perkasa ilmu turath, lantik Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki Profesor Adjung

USIM perkasa ilmu turath, lantik Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki Profesor Adjung

Doktor tak perlu lagi selak fail, RM1 bilion perkasa rekod perubatan digital – Fahmi

Doktor tak perlu lagi selak fail, RM1 bilion perkasa rekod perubatan digital – Fahmi

Geran Sejahtera MADANI RM200 juta bagi peniaga kecil – PM

Geran Sejahtera MADANI RM200 juta bagi peniaga kecil – PM