Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

NARATHIWAT – Pihak berkuasa Thailand bimbang kumpulan bersenjata mungkin mengalihkan sasaran ke wilayah Songkhla dan Satun susulan siri keganasan yang melanda Narathiwat, Pattani dan Yala sejak beberapa hari lalu.

Kebimbangan itu mendorong kawalan keselamatan di lima wilayah selatan Thailand dipertingkatkan ke tahap tertinggi bagi mengelakkan pergolakan merebak ke kawasan lain termasuk yang bersempadan dengan Malaysia.

Memetik laporan portal berita tempatan, Jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, Songkhla dan Satun diberi perhatian khusus kerana kedua-dua wilayah itu mempunyai kedudukan strategik berhampiran sempadan Kedah dan Perlis.

“Wilayah Satun dan Songkhla juga bersempadan dengan Kedah dan Perlis di Malaysia dan mungkin menjadi pilihan kumpulan bersenjata untuk mewujudkan keadaan tidak tenteram.

“Oleh itu, pihak berkuasa telah mengarahkan gabenor lima wilayah iaitu Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun untuk meningkatkan kewaspadaan ke tahap tertinggi mulai semalam,” katanya.

Difahamkan, kawalan ketat mula dilaksanakan di wilayah Satun yang bersempadan dengan Perlis apabila anggota keselamatan mula membuat pemeriksaan menyeluruh selepas wilayah itu dan Songkhla diletakkan dalam langkah keselamatan tahap tertinggi.

Menurutnya, arahan itu turut melibatkan pemantauan keselamatan selama 24 jam selain peningkatan operasi risikan secara proaktif di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi.

Katanya, semua agensi keselamatan di lima wilayah berkenaan juga diarahkan mengintegrasikan operasi secara lebih rapat bagi memastikan sebarang ancaman dapat dikesan lebih awal.

Langkah itu diambil selepas sebanyak 77 insiden keganasan dilaporkan berlaku di Narathiwat, Pattani dan Yala dalam tempoh tiga hari sejak malam Sabtu lalu.

Siri kejadian berkenaan mencetuskan kebimbangan pihak berkuasa bahawa kumpulan bersenjata mungkin cuba memperluaskan operasi ke wilayah lain di selatan Thailand.

Songkhla merupakan antara pintu masuk utama rakyat Malaysia ke selatan Thailand menerusi Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar, manakala Satun pula bersempadan rapat dengan Perlis.

Pihak berkuasa Thailand kini memberi tumpuan kepada kawasan tumpuan awam, laluan sempadan serta lokasi yang dianggap terdedah kepada ancaman keselamatan.

Dalam masa sama, kerjasama antara pihak pentadbiran wilayah, pasukan keselamatan dan agensi berkaitan dipertingkat bagi memastikan keadaan tidak menjadi lebih buruk.

Langkah berjaga-jaga itu dijangka terus dilaksanakan sehingga keadaan di wilayah selatan Thailand kembali stabil.

Related Posts

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

NEW YORK – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, menegaskan dunia mesti segera memulakan pembinaan semula Semenanjung Gaza yang musnah akibat serangan berterusan Israel. “Kita mesti memulakan pembinaan semula Semenanjung Gaza…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS arah operasi semua syarikat penerbangan Iran dihentikan mulai 23 September

WASHINGTON – Semua operasi syarikat penerbangan Iran di seluruh dunia akan dihentikan mulai 23 September ini, menurut Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent. CNBC melaporkan pada Isnin bahawa Bessent…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar