Kakanda Sultan Pahang mangkat

KUANTAN – Kakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Datuk Seri Aishah Almarhum Sultan Ahmad Shah mangkat di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 9.15 malam tadi.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, jenazah akan dibawa ke Makam Diraja Pahang, Pekan, pagi ini untuk dimakamkan dengan penuh penghormatan dan istiadat.

Beliau berkata, kemangkatan Almarhumah satu kehilangan besar kepada Kerabat Diraja Pahang, khususnya kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, mengampuni segala dosa dan kesalahan, menerima segala amal ibadah serta kebajikan yang telah dilakukan sepanjang hayat, serta menempatkan roh Almarhumah dalam kalangan para solihin serta di syurga-Nya.

“Sama-sama kita doakan roh Almarhumah akan bersama orang-orang yang solehah,” katanya menerusi kenyataan media, malam tadi.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran di Facebook, turut menzahirkan ucapan takziah bagi pihak kerajaan negeri dan seluruh rakyat Pahang atas kemangkatan Almarhumah.

“Patik mewakili Kerajaan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang serta seluruh rakyat jelata Negeri Pahang Darul Makmur, merafak sembah dan menzahirkan ucapan takziah di atas kemangkatan Paduka Kekanda Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, mengampuni segala dosa, menerima segala amal ibadah serta menempatkan Almarhumah dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM