Wanita ditahan, tangki tambahan berisi 130 liter petrol ditemukan

KANGAR – Seorang wanita berusia 29 tahun ditahan selepas kenderaannya dikesan mempunyai tangki tambahan yang disyaki mengandungi petrol ketika mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Padang Besar, malam semalam.

Wanita tempatan itu ditahan dalam Ops Tiris 4.0 kira-kira jam 8.30 malam selepas kegiatan berkenaan dikesan hasil risikan selama seminggu oleh anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis.

Pengarah KPDN Perlis, Rohaida Hassan berkata, pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan jenis Toyota Camry itu menemukan tangki tambahan yang disyaki berisi petrol.

“Dianggarkan sebanyak 130 liter petrol disita dengan nilai RM258.70, manakala kenderaan berkenaan dianggarkan bernilai RM20,000.

“Nilai keseluruhan rampasan dalam operasi itu dianggarkan RM20,258.70,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, satu tindakan kes diambil mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut akta sama.

Katanya, individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Bagi kesalahan kedua, individu terbabit boleh didenda sehingga RM3 juta atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Rohaida berkata, KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam sindiket atau aktiviti penyelewengan barang kawalan dan tindakan tegas termasuk pendakwaan di mahkamah boleh diambil.

Katanya, penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan terutama di kawasan sempadan bagi memastikan bekalan barang kawalan bersubsidi dinikmati rakyat dan tidak berlaku ketirisan yang merugikan negara.

Orang ramai turut diminta menyalurkan maklumat kepada KPDN sekiranya mengesan sebarang kegiatan mencurigakan berkaitan penyelewengan barang kawalan.

Related Posts

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

JERANTUT – UMNO Bahagian Jerantut menyampaikan sumbangan kepada keluarga Rusdah Jantan di mana kediamannya di Kampung Bukit Genting, dekat sini, ditimpa musibah kebakaran pada April lalu. Sumbangan itu disampaikan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rumah ibadat: Cari penyelesaian, bukan bakar sentimen – Pengerusi PH Perlis

ISU perobohan sebuah kuil di Bukit Lagi, Kangar  perlu diurus dengan berhemah dan bertanggungjawab tanpa mengabaikan prinsip undang-undang, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perlis, Noor Amin Ahmad. Beliau menyeru semua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

Jangan padam hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan slogan politik

Jangan padam hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan slogan politik

Rumah ibadat: Cari penyelesaian, bukan bakar sentimen – Pengerusi PH Perlis

Rumah ibadat: Cari penyelesaian, bukan bakar sentimen – Pengerusi PH Perlis

Jangan bakar sentimen agama isu kuil, buruk akibatnya – Mufti Perlis

Jangan bakar sentimen agama isu kuil, buruk akibatnya – Mufti Perlis

Wanita ditahan, tangki tambahan berisi 130 liter petrol ditemukan

Wanita ditahan, tangki tambahan berisi 130 liter petrol ditemukan

Roboh kuil bukan penyelesaian, kerajaan Perlis patut pilih jalan berhemah – Rayer

Roboh kuil bukan penyelesaian, kerajaan Perlis patut pilih jalan berhemah – Rayer