Roboh kuil bukan penyelesaian, kerajaan Perlis patut pilih jalan berhemah – Rayer

KANGAR – Kerajaan Perlis sepatutnya mengambil pendekatan lebih berhemah sekiranya terdapat ketidakpatuhan membabitkan pengurusan Kuil Veeramakaliamman di Bukit Lagi di sini dan bukannya merobohkan rumah ibadat berkenaan.

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berkata, tindakan merobohkan kuil bukan penyelesaian dan perkara itu didakwanya telah menimbulkan rasa tidak puas hati serta kegusaran terutama dalam kalangan penganut Hindu.

“Jikapun terdapat apa-apa ketidakpatuhan yang dilakukan oleh pihak kuil ini, sebagai sebuah kerajaan negeri satu cara atau pendekatan yang lebih berhemah patut diambil untuk menyelesaikan masalah Kuil Veeramakaliamman di Bukit Lagi, Kangar, Perlis.

“Tindakan merobohkan kuil tersebut bukanlah satu penyelesaian dan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati, marah dan kegusaran dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Hindu,” katanya menerusi kenyataan media yang dimuat naik di akaun Facebooknya.

Rayer yang juga Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang turut mengutuk tindakan Kerajaan Perlis yang didakwanya merobohkan kuil berkenaan dan menyifatkan perkara itu sebagai tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya, Perlembagaan Persekutuan menjamin dan melindungi hak rakyat untuk menganuti agama masing-masing selain Islam sebagai agama Persekutuan dan perkara tersebut perlu dihormati kerajaan negeri.

Beliau mendakwa tindakan itu turut menimbulkan persoalan terhadap keupayaan Perikatan Nasional (PN) dalam menjaga kepentingan masyarakat berbilang kaum dan agama sekiranya diberi tanggungjawab mentadbir di peringkat Persekutuan.

Rayer turut mengaitkan isu berkenaan dengan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan PN dalam Pilihan Raya Negeri Sembilan dengan meminta parti komponen BN termasuk UMNO, MCA dan MIC mengambil perhatian terhadap perkara tersebut.

Beliau mendakwa kejadian berkenaan menunjukkan perlunya rakyat menilai pendekatan PN terhadap kemajmukan serta kepelbagaian agama di negara ini.

“Adakah Pas dan Perikatan Nasional boleh dipercayai untuk melindungi hak rakyat minoriti di negara ini seperti yang beragama Hindu dan lain-lain?” katanya.

Related Posts

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

JERANTUT – UMNO Bahagian Jerantut menyampaikan sumbangan kepada keluarga Rusdah Jantan di mana kediamannya di Kampung Bukit Genting, dekat sini, ditimpa musibah kebakaran pada April lalu. Sumbangan itu disampaikan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rumah ibadat: Cari penyelesaian, bukan bakar sentimen – Pengerusi PH Perlis

ISU perobohan sebuah kuil di Bukit Lagi, Kangar  perlu diurus dengan berhemah dan bertanggungjawab tanpa mengabaikan prinsip undang-undang, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perlis, Noor Amin Ahmad. Beliau menyeru semua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

Jangan padam hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan slogan politik

Jangan padam hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan slogan politik

Rumah ibadat: Cari penyelesaian, bukan bakar sentimen – Pengerusi PH Perlis

Rumah ibadat: Cari penyelesaian, bukan bakar sentimen – Pengerusi PH Perlis

Jangan bakar sentimen agama isu kuil, buruk akibatnya – Mufti Perlis

Jangan bakar sentimen agama isu kuil, buruk akibatnya – Mufti Perlis

Wanita ditahan, tangki tambahan berisi 130 liter petrol ditemukan