Rapid KL lanjut operasi rel, bas 24 jam sempena Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan rel dan bas terpilih kendalian Rapid KL akan beroperasi selama 24 jam bermula 30 hingga 31 Ogos ini bagi memudahkan pergerakan orang ramai sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026.

Rapid KL dalam kenyataan hari ini berkata, operasi 24 jam itu melibatkan semua perkhidmatan rel kendaliannya termasuk Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel Kuala Lumpur.

Bagi menampung peningkatan jumlah penumpang, kekerapan perjalanan tren di beberapa laluan utama turut ditingkatkan dan akan diselaraskan mengikut permintaan serta keadaan semasa di stesen.

“Tren tambahan juga akan digerakkan sekiranya diperlukan berdasarkan pemantauan jumlah penumpang dan tahap kesesakan di platform,” katanya.

Selain itu, perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway, beberapa laluan bas serta Rapid KL On-Demand (ROD) turut beroperasi selama 24 jam sepanjang tempoh sambutan.

Rapid KL berkata, pelanjutan waktu operasi itu bertujuan memastikan pergerakan orang ramai lebih lancar, khususnya pengunjung yang menghadiri sambutan Ambang Merdeka pada malam 30 Ogos serta Sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada pagi 31 Ogos.

Bagi menyokong pergerakan orang ramai ke lokasi sambutan di Putrajaya, Rapid KL turut menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma dengan melibatkan 103 buah bas.

Related Posts

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

SHANGHAI – Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan agenda lawatan kerja beliau ke China hari ini dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama ekonomi, pelaburan dan pembangunan kemahiran. Perdana Menteri dijadual mengadakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

SHANGHAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan keyakinan terhadap kemampuan 22 anak muda Malaysia yang membawa cabaran negara pada Pertandingan Kemahiran Dunia Shanghai 2026. Beliau berkata, penyertaan mereka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

  • By Fatin
  • September 23, 2026
Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Belum masa Abang Jo bersara, rakyat Sarawak mahu beliau pimpin hingga 2030 – Abdullah

Belum masa Abang Jo bersara, rakyat Sarawak mahu beliau pimpin hingga 2030 – Abdullah

Belanjawan Sarawak dijangka catat lebihan, AI dan infrastruktur luar bandar jadi tumpuan

Belanjawan Sarawak dijangka catat lebihan, AI dan infrastruktur luar bandar jadi tumpuan

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar