Usaha penambahbaikan fasiliti depot berterusan

SANDAKAN – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil tindakan dan usaha yang berterusan untuk penambahbaikan semua fasiliti depot tahanan Imigresen yang ada.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi), Jafri Embok Taha berkata, meskipun terdapat kelemahan yang dikenal pasti, usaha berterusan telah dilakukan untuk memperbaiki keadaan di depot-depot sedia ada.

“Antara langkah yang diambil termasuk pembinaan depot baharu, terutama di Semenanjung Malaysia, seperti di Depot Pekan Nanas di Johor dan Depot Jawi di Pulau Pinang.

“Bagi kawasan Sabah, pihak JIM merancang untuk mengemukakan permohonan bagi penambahbaikan depot-depot di masa hadapan,” katanya.

Tambah beliau, pihak pengurusan menekankan pentingnya mengikuti giliran dalam proses penambahbaikan dan pembinaan, sambil memastikan setiap depot menerima perhatian yang diperlukan.

Jelasnya, ini termasuk mengambil maklumat terkini untuk memastikan pengurusan yang efisien di antara depot-depot tersebut.

Mengakui kesesakan di depot Sabah, langkah pemindahan tahanan akan dilaksanakan dengan lebih kerap.

“Petang ini (Khamis), pemindahan pendatang tanpa izin dari Filipina ke Zamboanga akan dilakukan menggunakan perkhidmatan feri,” katanya pada sidang media di sini pada Khamis.

Terdahulu, Jafri berkata, seramai 219 orang telah diperiksa dalam Operasi Penguatkuasaan Imigresen yang dijalankan di sekitar Sandakan selama dua hari bermula Rabu.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 121 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen, manakala tiga lagi warga tempatan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55(B).

“Semua yang ditahan berusia antara 12 bulan hingga 65 tahun terdiri daripada 46 orang lelaki, 36 wanita dan 32 kanak-kanak.

“Tangkapan terbabit akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Sandakan untuk siasatan dan tindakan lanjut,” jelasnya.

Beliau berkata, setakat 30 September lepas, JIM Sabah telah menjalankan sebanyak 1,197 operasi dengan 23,692 orang diperiksa dan 4,324 orang telah ditangkap, manakala 34 majikan telah didakwa.

Beliau turut menekankan operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar undang-undang negara.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa