SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

TAWAU – Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dijangka terus diberi keutamaan kerajaan dalam Belanjawan 2027 walaupun negara berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, bantuan bersasar itu kekal penting bagi membantu golongan yang memerlukan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

“Pelaksanaan subsidi bersasar antara pendekatan kerajaan bagi mengoptimumkan perbelanjaan negara, sekali gus mewujudkan ruang lebih besar untuk disalurkan kepada program yang memberi impak kepada golongan memerlukan.

“Kalau kita tengok pendekatan kerajaan, usaha untuk memberi bantuan dengan cara ini masih penting, ” katanya kepada media selepas melakukan tinjauan program SARA di sebuah kedai rakan niaga SARA di Tawau, pada Ahad.

Menurutnya, manfaat SARA tidak terhenti kepada penerima semata-mata, sebaliknya turut memberi kesan berganda kepada peniaga serta pengusaha produk tempatan.

“Ketika ini lebih 14,500 rakan niaga SARA sudah menyertai sistem berkenaan di seluruh negara, dengan jumlah itu disasarkan mencecah 20,000 sebelum hujung tahun ini.

“Kita mahu melebarkan jaringan kepada kedai kecil dan syarikat korporat untuk menyertai program ini supaya lebih banyak limpahan dapat dinikmati usahawan tempatan,” ujarnya.

Mengulas lanjut katanya, peluasan rangkaian rakan niaga SARA turut memberi manfaat besar kepada penerima di kawasan pedalaman dan luar bandar.

“Dengan SARA, kerana kita sudah memperluaskan rakan niaga di seluruh negara, mereka tidak perlu keluar. Di kawasan mereka sudah ada rakan niaga.

“Jadi ia menjimatkan wang penerima SARA dan pada masa sama kita dapat mempromosikan usahawan tempatan,” jelasnya.

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak