‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

SANDAKAN – Program ‘Car Boot Sale’ (CBS) di pusat bandar Sandakan dapat membuka peluang kepada peniaga tempatan dan golongan belia mencuba pendekatan perniagaan yang lebih santai, kreatif dan fleksibel.

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Walter Kenson berkata, pendekatan itu sekali gua menjadi alternatif baharu untuk menghidupkan semula aktiviti ekonomi bandar berkenaan.

“CBS juga memberi peluang kepada anak muda menjana pendapatan dengan memanfaatkan kenderaan, barangan sedia ada serta produk mereka.

“Konsep ini juga berpotensi menarik kunjungan orang ramai termasuk pelancong luar ke pusat bandar Sandakan bukan sahaja ketika musim perayaan, tetapi sepanjang tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan ‘Car Boot Sale Night Market’ anjuran Persatuan Dokumentari dan Filem Sandakan di Lorong Harbour Square, di sini, pada Sabtu.

Sebanyak 20 lot disediakan bagi program CBS yang akan diadakan setiap Sabtu bermula 5 September ini, bermula 4 petang hingga 12 tengah malam.

Walter berkata, pihaknya berharap program berkenaan mencapai matlamat untuk memeriahkan semula pusat bandar Sandakan.

Beliau turut mengalu-alukan cetusan idea baharu yang mampu membantu merancakkan aktiviti ekonomi dan menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan berkenaan.

Dalam perkembangan sama, beliau menjemput pemilik kedai di pusat bandar Sandakan serta orang ramai menghadiri Program Town Hall MPS pada 27 Ogos ini, bermula pukul 8 pagi di Dewan Masyarakat Sandakan.

“Program berkenaan akan membincangkan isu berkaitan pembangunan dan ekonomi daerah Sandakan, ” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Dokumentari dan Filem Sandakan, Datuk Md Afendi Hamdan berkata, idea penganjuran CBS tercetus bagi mengembalikan kemeriahan suasana malam di pusat bandar Sandakan.

Menurutnya, program itu turut memberi peluang kepada golongan muda dan peniaga menampilkan jualan unik selain makanan, minuman serta pelbagai barangan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Walter atas perhatian dan sokongan berterusan terhadap usaha menghidupkan semula pusat bandar Sandakan melalui pelbagai program serta perancangan yang dilaksanakan.


Related Posts

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkemungkinan dibubarkan selepas selesai persidangan belanjawan negeri bulan ini, namun keputusan mengenainya kekal menjadi hak prerogatif Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

SIBU – Dua lokasi tumpuan awam kini dilengkapi dengan peranti pengejut jantung luaran automatik (AED), masing-masing ditempatkan di Pasar Sementara Jalan Tiong Hua dan Pasar Sentral Sibu bagi meningkatkan kesiapsiagaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

  • By Siti
  • October 7, 2026
MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital