LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) bukan sekadar memenuhi keperluan pelaporan kepada Parlimen, malah menjadi instrumen penting untuk mendorong tindakan pembetulan serta penambahbaikan dalam pengurusan sektor awam.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, Jabatan Audit Negara (JAN) melaksanakan mandatnya secara bebas, profesional dan berintegriti bagi memperkukuh akauntabiliti, ketelusan serta tadbir urus sektor awam.

Beliau berkata, hasil pengauditan yang diterjemahkan menerusi LKAN turut menjadi sebahagian daripada mekanisme semak dan imbang negara.

“Ketegasan Ketua Audit Negara dalam memberikan pendapat terhadap Penyata Kewangan serta mengemukakan syor audit bukan sekadar bagi memenuhi keperluan pelaporan kepada Parlimen, tetapi lebih penting untuk mendorong tindakan pembetulan dan penambahbaikan yang berkesan dalam pengurusan sektor awam.

“Melalui LKAN, kelemahan dan ketidakpatuhan dapat dikenal pasti, tindakan pembetulan dapat dilaksanakan serta sistem dan tatakelola dapat diperkukuh,” katanya dalam ucapan pada Pertandingan Debat Piala Ketua Audit Negara 2026 (PKAN 2026).

Menurutnya, matlamat utama proses pengauditan adalah memastikan wang awam diurus dan dibelanjakan secara berhemah serta telus, selain memberikan nilai dan manfaat sewajarnya kepada rakyat.

PKAN 2026 yang julung kali dianjurkan bertemakan “120 Tahun Jabatan Audit Negara: Memacu Akauntabiliti, Membina Generasi MADANI Berintegriti”, menghimpunkan 20 institusi pengajian tinggi awam dari seluruh negara.

Pertandingan itu berlangsung selama tiga hari bermula 13 Ogos, dengan pusingan akhir diadakan di Bangunan Parlimen semalam.

Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, pertandingan debat berkenaan menjadi platform untuk generasi muda menghayati kepentingan akauntabiliti, tadbir urus dan pengurusan wang awam, selain memahami peranan JAN dalam memastikan amanah rakyat dipelihara.

Beliau berkata, pertandingan itu bukan sekadar medan mengasah kemahiran berhujah, sebaliknya turut menjadi ruang membentuk generasi muda yang mampu mengurus perbezaan pandangan secara tertib, rasional dan saling menghormati.

“Demokrasi yang matang bukan hanya bergantung pada kekuatan hujah, tetapi juga pada cara menghormati perbezaan, berdebat dengan bertanggungjawab dan mematuhi aturan,” katanya.

Related Posts

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

PUTRAJAYA – DAP memutuskan untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal Parlimen ke-15. Keputusan itu dibuat menerusi undian perwakilan pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026, hari ini, dengan 1,857…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menepis dakwaan tular di media sosial kononnya bapa beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam