Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

KUANTAN – Seorang anggota polis peronda ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM14,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas pengguna Lebuh raya Pantai Timur 2 yang melakukan kesalahan lalu lintas.

Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang di sini.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut bersama seorang lagi pegawai polis – juga dari unit peronda – sejak Januari hingga Julai lalu.

“Suspek dipercayai menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank pihak ketiga yang digunakan.

“Suspek kini ditahan reman lima hari sehingga 20 Ogos depan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Tambah sumber itu, perintah remah terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Ellyna Othman selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuantan di sini, hari ini.

Sementara itu katanya, seorang lagi pegawai polis peronda berusia lingkungan 30-an yang ditahan reman sebelum ini disambung reman selama empat hari sehingga 19 Ogos ini.

“Perintah lanjutan reman tersebut juga dikeluarkan Majistret Ellyna Othman selepas permohonan reman pertama ke atas pegawai polis tersebut berakhir hari ini,” jelasnya.

Pengarah SPRM Pahang, Mohamad Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India