Undi sulit penentu hala tuju DAP dalam Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA – DAP hari ini berdepan keputusan penting sama ada meneruskan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal atau kembali berperanan sebagai kumpulan pendesak di bangku belakang Parlimen (backbencher).

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, berada dalam kerajaan turut membawa kekangan dan cabaran kerana parti perlu memikul tanggungjawab bersama terhadap setiap keputusan pentadbiran, termasuk dasar yang kurang popular.

“Bila berada dalam kerajaan ada kekangan, kelemahan kita perlu tanggung secara bersama. Apa-apa keputusan kerajaan yang tidak popular, sebagai parti dalam kerajaan kita perlu menanggung secara bersama.

“Sudah tentu ada pelbagai cabaran dan masalah perlu hadapi, di mana kita mendapat kritikan dan pandangan, malah ada undi protes terhadap kita,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Kebangsaan DAP di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Anthony berkata, persoalan mengenai kedudukan DAP dalam Kerajaan Perpaduan perlu diputuskan secara kolektif oleh perwakilan parti.

“Pada hari ini kita nak menentukan sama ada hala tuju kita kekal dalam kerajaan sehingga tamat tempoh untuk terus kita melaksanakan tugas kita, cuba untuk mempengaruhi dan membawa perubahan, reformasi yang kita janjikan.

“Atau memainkan peranan sebagai ‘pressure group’ dalam kerajaan, iaitu kembali kepada ‘backbencher’ sahaja,” katanya.

Menurutnya, kepimpinan DAP memilih untuk mendemokrasikan proses membuat keputusan dengan memberikan kuasa kepada perwakilan untuk menentukan hala tuju parti.

Jelasnaya, DAP kini berada dalam Kerajaan Persekutuan buat kali kedua, selepas pengalaman pertama selama 22 bulan susulan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Ini kali kedua kita berada dalam kerajaan lebih lama daripada kali pertama. Ini pun sudah dikira satu pencapaian, kita berada dalam kerajaan hampir tiga tahun.

“Namun begitu, yang paling penting, para perwakilan kena buat keputusan kolektif untuk parti kita berada dalam Kerajaan Persekutuan kali kedua,” katanya.

Menurutnya, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lalu yang menyaksikan DAP mengalami kekalahan besar turut menjadi antara faktor yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan kedudukan parti.

Katanya, keputusan itu memberikan mesej jelas bahawa DAP ditolak oleh pengundi Sabah.

Susulan itu, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP memutuskan supaya persoalan sama ada parti itu perlu terus berada dalam Kerajaan Persekutuan diserahkan kepada perwakilan untuk diputuskan.

Persidangan kemudian diteruskan dengan sesi perbahasan berhubung usul menentukan kedudukan DAP dalam Kerajaan Perpaduan sebelum keputusan dibuat menerusi undi sulit.

Seramai 4,264 perwakilan daripada 1,704 cawangan yang layak menghadiri persidangan itu akan mengambil bahagian dalam proses pengundian.

Related Posts

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

PENDEKATAN Kerajaan MADANI dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2027 yang memberi penekanan kepada kebajikan rakyat, peningkatan pendapatan dan kos sara hidup disifatkan sebagai langkah penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala