Fuziah tegaskan PKR tiada ‘Team Ini, Team Itu’

PARTI Keadilan Rakyat perlu kekal sebagai sebuah parti yang bersatu tanpa wujudnya sebarang kelompok atau fraksi yang boleh memecah-belahkan anggota parti.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, anggota parti perlu menolak budaya mengelompokkan diri berdasarkan ‘team’ tertentu kerana semua anggota adalah sebahagian daripada keluarga besar PKR.

Beliau berkata, semangat itu perlu terus diperkukuh selepas pemilihan parti tahun lalu yang menyaksikan laungan ‘Kita Keadilan’ menjadi antara seruan utama dalam usaha menyatukan anggota.

“Kita tak mahu ada fraksi-fraksi, kita tak mahu ada ‘Team Ini’, ‘Team Itu’. Sebab kita semua satu.

“Kita tak ada budak ini, tidak ada budak itu, kerana kita semua adalah PKR,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR 2026 di sini, hari ini.

Fuziah berkata, kekuatan PKR selama ini terletak pada keupayaannya menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum serta memperjuangkan keadilan tanpa mengira latar belakang.

Katanya, parti itu tidak menggunakan pendekatan berasaskan kaum dalam memperjuangkan kepentingan rakyat, sebaliknya memberi tumpuan kepada golongan yang memerlukan.

“Kalau yang miskin itu ada Melayu, ada India, ada Orang Asli, ada orang Iban, yang miskinlah yang kita perjuangkan. Bukan kita perjuangkan berdasarkan kaum seseorang,” katanya.

Beliau berkata, PKR juga berjaya membentuk sebuah parti yang inklusif dengan memberi ruang kepada golongan minoriti termasuk Orang Asal, orang kurang upaya (OKU) dan veteran untuk bersuara dalam parti.

Katanya, pencapaian itu perlu diiktiraf sebagai antara kekuatan utama PKR dalam membina sebuah model politik berbilang kaum.

Related Posts

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

PENDEKATAN Kerajaan MADANI dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2027 yang memberi penekanan kepada kebajikan rakyat, peningkatan pendapatan dan kos sara hidup disifatkan sebagai langkah penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala