Jawatan parti tak boleh dijadikan tiket calon pilihan raya – Zaliha

AYER KEROH – PKR harus menolak budaya sesuatu jawatan yang dipegang dalam parti secara automatik akan memberikan hak kepada seseorang itu untuk menjadi calon pilihan raya.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, semua pihak terutama ketua cabang boleh beranggapan mereka adalah calon terbaik untuk dipilih, namun parti mempunyai ruang penilaian menawarkan calon paling terbaik untuk diketengahkan.

“Ya, betul, mungkin ketua cabang calon yang terbaik. Orang lain juga mungkin calon terbaik. Yang mesti kita cari adalah siapa terbaik dan siapa paling mampu membawa aspirasi parti, mendapat kepercayaan rakyat dan memenangkan parti.

“Jadi, saya faham semangat di sebalik cadangan daripada perwakilan semalam supaya calon dikenal pasti lebih awal. Supaya mereka mula bekerja dari sekarang, bukan hanya tiga minggu sebelum pilihan raya, saya setuju.

“Tetapi kita perlu ingat, dalam masa sama, janganlah penamaan awal itu adalah mewujudkan tanggapan bahawa seseorang itu sudah mempunyai hak mutlak untuk jadi calon, jangan,” katanya,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional Keadilan 2026 di di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada Ahad.

Turut hadir, pimpinan PKR termasuk Presiden PKR yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Zaliha berkata, PKR juga perlu mula membina generasi pemimpin baharu yang mampu meneruskan agenda reformasi dan menerajui negara selepas era Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata, PKR tidak seharusnya menunggu sehingga Anwar memutuskan untuk berundur sebelum mencari pengganti, sebaliknya proses mengenal pasti dan membangunkan bakat kepimpinan perlu dimulakan dari sekarang.

“Apabila saya bertanya,‘Who’s next after Anwar’, saya sebenarnya tidak mencari satu nama. Saya mahu kita membina satu generasi.

“Generasi pemimpin yang faham perjuangan reformasi, yang bersih, kompeten dan berani, yang memahami ekonomi dan keresahan rakyat dan paling penting, yang bersedia memimpin Malaysia,” katanya

Menurut Zaliha, PKR perlu berani melihat jauh ke hadapan dalam soal kepimpinan selepas Anwar berjaya mencapai matlamat perjuangan terdahulu untuk membawa parti ke Putrajaya.

Katanya, usaha membangunkan pelapis juga selari dengan prinsip reformasi yang diperjuangkan PKR, termasuk cadangan mengehadkan tempoh seseorang memegang jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

“Kalau kita percaya kuasa Perdana Menteri sendiri mesti mempunyai had, maka kita juga mesti berfikir jauh tentang pelapis kepimpinan negara dan parti.

“Jangan tunggu satu hari nanti Presiden (Anwar) berkata sudah sampai masanya untuk berundur, kemudian barulah kita tercari-cari siapa yang bersedia. Pada waktu itu, kita sudah terlambat,” katanya.

Related Posts

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta

KELMARIN, rakyat Kedah khususnya peminat sukan permotoran dikejutkan dengan berita seorang pengarah syarikat ditahan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan pecah amanah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan dengan projek Litar Lumba…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat Undang tarik balik semakan kehakiman isu penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Empat Undang menarik balik semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa yang difailkan bagi memaksa Menteri Besar Negeri Sembilan menandatangani proklamasi berkaitan penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

Nahas helikopter FDS: Kerajaan digesa sedia mekanisme sokongan sehenti buat keluarga mangsa

Nahas helikopter FDS: Kerajaan digesa sedia mekanisme sokongan sehenti buat keluarga mangsa

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta

Empat Undang tarik balik semakan kehakiman isu penyingkiran Tuanku Muhriz

Empat Undang tarik balik semakan kehakiman isu penyingkiran Tuanku Muhriz