PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

AYER KEROH – Teguran dan pandangan yang disuarakan akar umbi pada Kongress Nasional Keadilan diambil serius oleh PKR, termasuk dalam tindakan memperkasa strategi komunikasi parti.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, teguran berkenaan penting bagi memastikan jentera parti lebih mantap, selain menambah baik cara parti menyampaikan maklumat kepada rakyat.

“Banyak teguran dan perkara yang perlu dimuhasabah yang perlu difikirkan bagi memantapkan gerak kerja jentera, termasuk mengubah suai strategi untuk komunikasi dan penerangan.

“Sama seperti Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya dan ramai pimpinan juga mengambil sikap merendah diri, mendengar melakukan perubahan yang bermula daripada diri kami sendiri,”katanya selepas meninjau bilik media sempena Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pada Sabtu.

Dalam pada itu, Fahmi yang Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berkata, antara mesej besar yang perlu diberi perhatian ialah jurang antara pencapaian kerajaan pada peringkat makroekonomi dengan pengalaman rakyat dalam kehidupan seharian.

“Ramai yang mengatakan banyak usaha dan pencapaian kerajaan, perkara yang bersifat makroekonomi, mungkin belum dapat diterjemahkan dan dinikmati di peringkat ekonomi rumah tangga,” katanya.

Beliau yang juga menteri komunikasi dan pengarah komunikasi Pakatan Harapan (PH) berkata beberapa perubahan bagi menambah baik penyampaian maklumat sedang dirancang dan akan dikongsikan dalam sesi penggulungan esok.

Fahmi memaklumkan, usaha itu turut merangkumi mekanisme mendapatkan maklumat mengenai isu yang paling dirasai rakyat supaya ia dapat disampaikan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

“Saya juga mengambil sikap terbuka dan bukan sekadar mengambil maklum, tetapi berterima kasih, khususnya kepada ketua-ketua cabang yang menyatakan hasrat untuk memainkan peranan lebih besar untuk menjadi penyalur maklumat.

“Peranan itu memang sudah dimainkan sebelum ini, tetapi mungkin mereka memerlukan satu hubungan yang lebih formal untuk memastikan isu-isu di peringkat Parlimen dapat diketahui oleh kami di Putrajaya dan dapat diusahakan penyelesaiannya,” katanya.

Sementara itu, Fahmi turut menghargai kesediaan ketua-ketua cabang PKR yang mahu memainkan peranan lebih besar sebagai penyalur maklumat daripada peringkat akar umbi.

“Peranan itu memang sudah dimainkan sebelum ini, tetapi mungkin mereka memerlukan satu hubungan yang lebih formal untuk memastikan isu-isu di peringkat Parlimen dapat diketahui oleh kami di Putrajaya dan dapat diusahakan penyelesaiannya,” katanya.

  • Related Posts

    Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

    TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    ‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

    LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

    • By Fatin
    • October 7, 2026
    Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

    ‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

    • By Ezmie
    • October 7, 2026
    ‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

    Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

    Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

    Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

    • By Ezmie
    • October 7, 2026
    Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

    CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

    CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

    KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

    • By Ezmie
    • October 7, 2026
    KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun