Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

LIMBANG – Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digalakkan memastikan anjing dan kucing menerima vaksinasi tahunan bagi membantu mengekang penularan penyakit rabies secara lebih berkesan.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVS) melaksanakan Program Vaksinasi besar-besaran sebagai usaha memperkukuh kawalan rabies.

Menurutnya, program berkenaan turut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemilikan haiwan secara bertanggungjawab.

“Kita masih lagi dalam wabak rabies di Sarawak ini. Pelbagai usaha dilakukan oleh Jabatan Veterinar, terutamanya memberi vaksinasi tahunan kepada anjing secara percuma.

“Memang ada permintaan daripada pemilik kucing supaya diberikan vaksin secara percuma juga, tetapi kes rabies pada kucing tidak banyak. Yang penting ialah memastikan anjing di bandar dan luar bandar mendapat vaksinasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Limbang World Cat Federation (WCF) International Cat Show 2026 di Hotel Purnama Limbang, hari ini.

Abdul Rahman berkata, Sarawak turut melaksanakan penggunaan umpan vaksin rabies oral (ORV) bagi anjing berkeliaran sebagai antara pendekatan tambahan untuk membantu mengawal penyakit berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya digigit atau dicakar anjing atau kucing.

Katanya, kadar kematian akibat rabies amat tinggi, namun penyakit itu boleh dicegah sekiranya luka gigitan atau cakaran dicuci dengan sempurna dan mangsa mendapatkan vaksinasi anti-rabies lengkap secepat mungkin.

Dalam pada itu, Abdul Rahman turut menggalakkan persatuan serta pemilik kucing supaya menjalankan program pemandulan terhadap kucing peliharaan dan kucing jalanan.

Menurutnya, langkah itu penting bagi mengawal populasi kucing dan membendung masalah kucing berkeliaran, selain memastikan kebajikan haiwan terbabit terus terpelihara.

Related Posts

Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

ROMPIN – Polis mengenal pasti identiti tiga sekeluarga yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam Shah, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Rompin Superintendan Sharif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik pacu kesinambungan projek pembangunan mega di Limbang

LIMBANG – Rakyat diseru untuk terus mengekalkan kestabilan politik bagi menjamin kesinambungan kemasukan pelaburan, kelancaran ekonomi serta pelaksanaan projek infrastruktur yang mampan di Sarawak. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat