Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

ROMPIN – Polis mengenal pasti identiti tiga sekeluarga yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam Shah, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mangsa pertama dikenali sebagai Mohd Kahurolaizam Mokhtar, 42, yang dijumpai di dalam longkang hadapan rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan Hospital Muadzam Shah.

Beliau berkata, isteri mangsa, Siti Zaleha Aluha, 31, dan anak mereka Muhamad Putra Rayqal Mohd Kahurolaizam berusia empat tahun ditemukan pihak bomba dipercayai dalam keadaan rentung di sudut sebuah bilik.

“Bagaimanapun, anak lelaki mangsa berusia 16 dan 10 tahun sempat melarikan diri dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sharif Shai berkata, rumah bersebelahan yang didiami seorang lelaki berusia 35 tahun bersama-sama isteri dan empat anaknya turut terjejas, namun kesemua mereka selamat.

Beliau berkata kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada 5.05 pagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Nordin Pauzi ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian berkata, kebakaran dipercayai bermula di dalam sebuah bilik, namun siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh pihaknya.

“Ada beberapa pandangan perlu dilihat oleh bomba antaranya faktor dari segi pendawaian elektrik dan sebagainya, jadi bomba akan menjalankan siasatan yang lebih lanjut bagi mengetahui punca kejadian,” katanya.

Related Posts

Kestabilan politik pacu kesinambungan projek pembangunan mega di Limbang

LIMBANG – Rakyat diseru untuk terus mengekalkan kestabilan politik bagi menjamin kesinambungan kemasukan pelaburan, kelancaran ekonomi serta pelaksanaan projek infrastruktur yang mampan di Sarawak. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mayat wanita dalam beg di Sungai Perak, dipercayai dibunuh

KUALA KANGSAR – Mayat seorang wanita yang ditemukan dalam sebuah beg pakaian di Sungai Perak berhampiran Jeti Lembah Kuala Kangsar, pada Jumaat, disahkan meninggal dunia akibat dipercayai dibunuh. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hayati semangat Deklarasi Permatang Pauh, jangan ada lagi persengketaan demi perkasa parti

Hayati semangat Deklarasi Permatang Pauh, jangan ada lagi persengketaan demi perkasa parti

Pemansuhan AUKU buka ruang lebih luas kepada mahasiswa – Kamil Munim

Pemansuhan AUKU buka ruang lebih luas kepada mahasiswa – Kamil Munim

Cadangan pemansuhan AUKU dibawa ke Kabinet pada Rabu

Cadangan pemansuhan AUKU dibawa ke Kabinet pada Rabu

Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

Dakwaan balas dendam bukan alasan menyekat lebih banyak siasatan RCI agensi kerajaan