Kongres Nasional PKR 2026 himpun lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati

AYER KEROH – Kongres Nasional PKR 2026 dijangka menghimpunkan lebih 2,500 perwakilan dan 3,000 pemerhati akan membuka tirai di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), bermula hari ini.

Penganjuran kongres dimulai dengan perasmian serentak persidangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR oleh Timbalan Presiden parti, Nurul Izzah Anwar, pada malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR dijadual merasmikan kongres dan menyampaikan ucapan dasar pada Sabtu.

Beberapa duta asing termasuk dari Amerika Syarikat, China, Jepun dan Australia telah mengesahkan kehadiran ke kongres berkenaan selain pimpinan parti-parti politik.

Mengangkat tema ‘Memugar Reformasi, Membina MADANI’, kongres tahun ini membawa aspirasi untuk memperkukuh semula semangat reformasi yang menjadi asas penubuhan Keadilan, di samping menyesuaikan perjuangan parti dengan cabaran semasa dalam membina Malaysia MADANI.

Pengarah Kongres Nasional PKR 2026, Saifuddin Shafi Muhammad sebelum ini berkata, sepanjang kongres perbahasan akan tertumpu kepada isu berkaitan ekonomi, pendidikan dan politik, dengan 16 pembahas mewakili sayap parti serta negeri dijadual membahaskan ucapan dasar presiden.

Seperti penganjuran sebelum ini, kongres kali ini juga akan menyampaikan Anugerah Bill Kayong kepada lima keluarga, sebagai penghargaan terhadap jasa ahli keluarga mereka yang berkhidmat kepada parti sehingga akhir hayat.

Beberapa kementerian dan agensi turut memberikan kerjasama bagi penganjuran kongres itu termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Karnival Rahmah Mega oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka turut dianjurkan bersempena dengan kongres itu khusus bagi menyediakan perkhidmatan terus kepada perwakilan, pemerhati dan terbuka untuk semua rakyat Melaka.

Anwar dijadualkan menggulung perbahasan pada Ahad sebelum menangguhkan kongres berkenaan.

Related Posts

Kerajaan buka ruang lebih luas untuk mahasiswa, AUKU dimansuhkan

AYER KEROH – Kerajaan akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bagi memberikan ruang kebebasan lebih luas kepada mahasiswa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, keputusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada kompromi salah guna amanah, siasatan diteruskan selepas TH – Anwar

AYER KEROH – Kerajaan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalahgunakan amanah rakyat, termasuk dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) dan siasatan terhadap kes lain akan diteruskan selepas proses berkenaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

  • By Fatin
  • August 15, 2026
Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

Pesta Makan Tahun Kedayan platform pelancongan budaya, jana ekonomi setempat

Pesta Makan Tahun Kedayan platform pelancongan budaya, jana ekonomi setempat

Kerajaan buka ruang lebih luas untuk mahasiswa, AUKU dimansuhkan

Kerajaan buka ruang lebih luas untuk mahasiswa, AUKU dimansuhkan

Tiada kompromi salah guna amanah, siasatan diteruskan selepas TH – Anwar

Tiada kompromi salah guna amanah, siasatan diteruskan selepas TH – Anwar

Jangan leka pencapaian ekonomi, reformasi mesti diteruskan – Anwar

Jangan leka pencapaian ekonomi, reformasi mesti diteruskan – Anwar