17 pesakit kanser terima sumbangan ‘one-off’ Kerajaan Pahang

KUANTAN – Seramai 17 orang pesakit kanser daripada Pertubuhan Sokongan Pesakit Kanser Kuantan Pahang (CSP) menerima sumbangan daripada kerajaan negeri.

Sumbangan itu adalah di bawah Inisiatif Makmur Pahang Kluster Pesakit Kronik yang diperkenalkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pengerusi CSP, Zaridah Hashim berkata, penerima sumbangan pada majlis berkenaan adalah ahli CSP dari daerah Lipis, Raub, Temerloh dan Kuantan.

“Pemberian sumbangan ini adalah tanda keprihatinan kerajaan Pahang dalam membantu meringankan beban pesakit kronik, khususnya mereka yang sedang menjalani rawatan kanser.

“Pihak CSP merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Datuk Seri Wan Rosdy dan Datuk Sabariah serta UPWS atas sokongan dan bantuan yang disalurkan kepada ahli kami,” katanya.

Beliau berharap sumbangan ini dapat memberi sedikit kelegaan dan menyuntik semangat kepada setiap pesakit kanser untuk terus berjuang melawan penyakit berkenaan.

Sumbangan disampaikan Ketua Unit Pembangunan Wanita dan Sosial negeri, Siti Musliha Zakaria sebagai wakil rasmi Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Sabariah Saidan.

Majlis penyampaian sumbangan diadakan semalam.

Related Posts

Sekolah pedalaman bukan penghalang untuk berjaya – Ahmad Johnie

MATU – Kedudukan sekolah di kawasan pedalaman bukan alasan untuk pelajar mengehadkan cita-cita atau menganggap kejayaan sukar dicapai, sebaliknya pendidikan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi membina masa depan lebih baik.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
258 mangsa kebakaran ditempatkan di PPS Kompleks Sukan Tawau

TAWAU – Seramai 258 mangsa daripada 68 keluarga terjejas dalam kejadian kebakaran di Lorong Mat Salleh Batu 2 Jalan Apas ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Tawau, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sekolah pedalaman bukan penghalang untuk berjaya – Ahmad Johnie

Sekolah pedalaman bukan penghalang untuk berjaya – Ahmad Johnie

258 mangsa kebakaran ditempatkan di PPS Kompleks Sukan Tawau

  • By Fatin
  • October 17, 2026
258 mangsa kebakaran ditempatkan di PPS Kompleks Sukan Tawau

Nik Nazmi direhatkan tiga bulan daripada aktiviti Bersama susulan kes khalwat

Nik Nazmi direhatkan tiga bulan daripada aktiviti Bersama susulan kes khalwat

Depot imigresen sesak, kapasiti 20,000 tertekan akibat operasi berterusan

Depot imigresen sesak, kapasiti 20,000 tertekan akibat operasi berterusan

Sarawak peruntuk RM650 juta SKAS 2027 bantu ringankan kos sara hidup

Sarawak peruntuk RM650 juta SKAS 2027 bantu ringankan kos sara hidup

PKR pertaruh calon berpengalaman, anak muda dan wanita di PRN Melaka – Amirudin

PKR pertaruh calon berpengalaman, anak muda dan wanita di PRN Melaka – Amirudin