Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

BENTONG – Kerajaan Pahang menegaskan bahawa tiada perkhidmatan ejen atau orang tengah dilantik bagi menguruskan permohonan geran usahawan yang disediakan kerajaan negeri.

Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan negeri, Datuk Amizar Abu Adam berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kewujudan ejen atau orang tengah menawarkan perkhidmatan membantu usahawan mengemukakan permohonan geran kepada kerajaan negeri dengan mengenakan caj tertentu.

“Saya mendengar daripada rintihan, ada ejen atau orang tengah bertemu dengan usahawan untuk bawa permohonan kepada kerajaan negeri dan mereka mengenakan caj.

“Setakat ini telah dimaklumkan ada, dan apabila bertemu dengan pihak kerajaan negeri kita terangkan semula. Jadi, Alhamdulillah dapat kita kekang dari awal, tapi saya nak tegaskan sekali lagi supaya mereka ini tidak terjerat dalam penipuan sebegini,” katanya, seperti dilapor Pahang Media.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Geran Usahawan Makmur dan Penyerahan Hasil Transformasi Produk Usahawan di bawah SIRIM Technopreneur Enterprise Program Tahun 2026 di Dewan Majlis Perbandaran Bentong, semalam.

Menurutnya, usahawan boleh membuat permohonan secara terus melalui laman sesawang rasmi Kerajaan Negeri Pahang di bawah Sistem Maklumat Usahawan (SMU) Pahang atau mendapatkan bantuan daripada wakil rakyat di kawasan masing-masing.

“Usahawan boleh mohon secara terus melalui laman web Kerajaan Negeri Pahang di bawah SMU Pahang dan boleh juga bertemu dengan wakil rakyat di kawasan masing-masing bagi membantu dalam permohonan ini.

“Permohonan tersebut bergantung kepada kelulusan pihak kerajaan negeri dan mereka akan dapat terus kewangan tersebut tanpa melalui konsultan daripada mana-mana orang tengah ataupun ejen-ejen yang diperkatakan tadi,” katanya.

Related Posts

Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

IPOH – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, pada Rabu atas pertuduhan mengedar dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 480.60 gram, minggu lalu. Teoh Wai Loon, 44, dan isterinya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP

BENTONG – Kerajaan Pahang menyediakan peruntukan RM916,000 melalui Geran Usahawan Makmur dan Hasil Transformasi Produk Usahawan di bawah SIRIM Technopreneur Enterprise Program (STeP) 2026 bagi meningkatkan kualiti dan daya saing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP

Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar