Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

KUALA LUMPUR – Seramai 1,043 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu yang dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 10 dan 11 Ogos lalu.

Operasi berkenaan dijalankan dengan 3,307 individu diperiksa di 14 lokasi penempatan yang dikenal pasti mempunyai kehadiran warga asing yang ramai.

Menurut JIM, penguatkuasaan dilakukan susulan aduan serta maklumat awam berkaitan aktiviti mereka yang menimbulkan keresahan dalam kalangan komuniti setempat.

“Antara operasi dilaksanakan ialah Op Sasar di sebuah pangsapuri di Kajang pada 11 Ogos bermula 10.30 malam, yang menyaksikan 330 individu diperiksa dan 248 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

“Operasi bersepadu itu membabitkan kekuatan 682 pegawai dan anggota daripada JIM, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta agensi berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan

JIM menjelaskan, daripada keseluruhan tahanan, 370 adalah warga Bangladesh, Indonesia (328), Myanmar (183), India (55), Nepal (22) dan 140 lagi terdiri daripada lain-lain warganegara.

“Kesemua yang ditahan berusia antara 17 hingga 59 tahun, membabitkan 880 lelaki dan 163 perempuan.” katanya.

Menurutnya, antara kesalahan dikesan termasuk tidak memiliki dokumen pengenalan diri, melanggar syarat pas, tinggal lebih masa serta memiliki kad yang tidak diiktiraf.

“Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen negeri masing-masing bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut mengikut undang-undang,” ujarnya.

Dalam operasi sama, tambahnya, sebanyak 45 Borang 29 (Saman Kepada Saksi) turut dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi membantu siasatan.

JIM menegaskan pihaknya akan meneruskan operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warga asing yang melanggar undang-undang negara.

Related Posts

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkemungkinan dibubarkan selepas selesai persidangan belanjawan negeri bulan ini, namun keputusan mengenainya kekal menjadi hak prerogatif Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

MELAKA – Jumlah pengundi yang bakal melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini kira-kira seramai 687,697 orang berbanding PRN sebelum itu. Ia berdasarkan rekod…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

  • By Siti
  • October 7, 2026
MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital