Rumah pondok terbakar, warga emas melecur

KUCHING – Satu kejadian kebakaran rumah pondok telah dilaporkan di Kampung Tupong Ulu, Jalan Merdeka, Kuching, Sarawak pada awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerak Operasi Bomba, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 3:02 pagi.

Jentera bomba tiba di tempat kejadian 3:09 pagi, hanya tujuh minit selepas panggilan diterima dengan jarak kira-kira 6 kilometer dari balai bomba terdekat.

Kebakaran tersebut melibatkan rumah pondok jenis tidak kekal berkeluasan 10×7 kaki persegi yang terbakar 100 peratus.

Mangsa merupakan lelaki warga emas berusia 77 tahun, dikenali sebagai Jeffry Adi, mengalami kecederaan melecur di bahagian tangan.

Pasukan EMRS segera memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum menyerahkan beliau kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Sebanyak 19 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan BBP Padungan yang turut memberikan bantuan terlibat dalam operasi ini, dengan sokongan dua jentera FRT dan dua EMRS.

Related Posts

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

IPOH – Seorang wanita didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

IPOH – Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak empat bulan lalu terbongkar apabila dia ditahan bersama ketamin, MDMA serta pelbagai objek menyerupai senjata api dan ratusan peluru…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka