Banteras salah laku, CEIO Sarawak kini wajib lapor terus kepada UNIONS

KUCHING – Sarawak mewajibkan Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO) melapor terus ke Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) tanpa campur tangan ketua jabatan bagi menjamin ketelusan pentadbiran awam.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, satu pekeliling berhubung ketetapan itu telah diedarkan bagi membolehkan mekanisme semak dan imbang dilaksanakan secara telus dan bebas.

“Langkah ini bertujuan memastikan sebarang penemuan atau ketidakpatuhan di sesebuah institusi dapat dilaporkan secara terus kepada pihak UNIONS supaya tindakan susulan sewajarnya dapat diambil segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis penangguhan Persidangan Integriti yang bertemakan ‘Integriti Teras Kemakmuran Sarawak’ pada Selasa. 

Menurut beliau, pemantapan tata kelola itu amat penting memandangkan Sarawak hanya berbaki lima tahun untuk merealisasikan sasaran Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

Menyentuh soal budaya kerja, Mohamad Abu Bakar mengingatkan penjawat awam bahawa amalan integriti tidak terhad kepada usaha menjauhi rasuah dan pecah amanah semata-mata, malah mencakupi keikhlasan bekerja.

Beliau turut mengecam sebarang amalan toksik di tempat kerja dan menegaskan integriti menuntut kakitangan untuk bebas daripada unsur negatif seperti budaya ampu, tikam dari belakang, dan memecahbelahkan pasukan.

Bagi memastikan perkhidmatan kekal relevan, beliau menggesa penjawat awam untuk menerapkan prinsip penambahbaikan berterusan melalui pendekatan Menyemak Semula (Revisit), Memikir Semula (Rethink), dan Memperbaharui Semangat (Recharge).

Majlis tersebut turut membentangkan lima resolusi utama merangkumi aspek kepimpinan, pencegahan awal, teknologi dan data, kebertanggungjawaban, serta kerjasama strategik.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya; mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay; dan Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Seri Noridah Abdul Rahim.

Related Posts

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kira-kira lima juta rakyat dijangka menerima manfaat menerusi pelbagai program impak sosial yang dilaksanakan bersama pemain industri di bawah LESTARI: Rangka Kerja dan Pelan Hala Tuju Kelestarian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

KOTA KINABALU – Hak 40 peratus Sabah tidak pernah dijadikan bahan tawar-menawar politk atau diletakkan sebagai syarat sokongan politik kepada Kerajaan MADANI. Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

  • By Fatin
  • September 29, 2026
40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3