RCI Tabung Haji: ‘Isu ini penting untuk rakyat tahu, tak perlu untuk drama politik’ – Radzi Jidin

TATKALA Ahli Parlimen Pas memilih meninggalkan Dewan Rakyat ketika Sidang Khas membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) baru sahaja bermula, Ahli Parlimen Bersatu nampaknya mengambil pendirian berbeza dengan kekal mengikuti persidangan.

Pendirian itu sekali gus menimbulkan persoalan terhadap sikap Pas yang seperti memandang remeh perbahasan ini, sedangkan rakannya dalam PN, melihat isu berkenaan cukup penting untuk terus dibahaskan demi pengetahuan rakyat.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, Ahli Parlimen Bersatu sebagai wakil pembangkang tidak berhasrat keluar persidangan itu kerana isu Tabung Haji terlalu penting untuk dijadikan drama politik.

“Ahli Parlimen Bersatu adalah pembangkang, kami tidak akan keluar. Ini isu penting untuk rakyat dan tidak perlu ada drama politik.

“Kami juga sudah meminta tempoh perbahasan dilanjutkan. Rakyat perlu mengetahui kebenaran,” katanya pada hantaran di Facebook hari ini.

Kenyataan itu menyusul selepas wakil rakyat Pas keluar beramai-ramai dari Dewan, dan memboikot sidang khas berkenaan.

Persidangan khas itu diadakan bagi membolehkan Ahli Parlimen mendengar penjelasan berhubung laporan RCI berkenaan dan membahaskan penemuannya.

Laporan setebal 211 muka surat itu, yang meneliti pengurusan dan operasi TH antara 2014 hingga 2020, didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu.

Antara penemuan RCI ialah kelemahan tadbir urus, campur tangan politik dalam pengurusan, pembayaran hibah yang tinggi, risiko pelaburan serta isu perakaunan.

Related Posts

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

SERI KEMBANGAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

KUALA LUMPUR – Pasport Malaysia melonjak ke kedudukan kedua dunia dalam penarafan The Passport Index Global Ranking 2026, meningkat satu anak tangga berbanding tempat ketiga tahun lalu. Menurut Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia