Boikot sidang RCI TH, Syed Saddiq persoal tanggungjawab pembangkang

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang disifatkan gagal melaksanakan peranan semak dan imbang, selepas tidak menyertai perbahasan Sidang Khas Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat, hari ini.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) berkata, RCI TH bukan milik mana-mana Perdana Menteri atau parti politik, sebaliknya berkaitan kepentingan pendeposit Islam yang mengharapkan Ahli Parlimen memainkan peranan untuk mencari penyelesaian menyeluruh.

Katanya, ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani rawatan kesihatan tidak seharusnya menjadi alasan kepada Ahli Parlimen yang sihat untuk tidak melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Yang sakit Perdana Menteri tetapi yang tidak buat kerja, kita pula yang dibayar puluhan ribu ringgit gaji, pencen sah dapat.

“Pada masa sama, dapat semua jenis elaun untuk memainkan peranan semak dan imbang tetapi kita gagal untuk memainkan peranan itu,” katanya ketika membahaskan laporan RCI TH.

Menurutnya, pembangkang sepatutnya menggunakan sidang khas itu untuk membangkitkan fakta, mendedahkan sebarang kesalahan dan memperjuangkan kepentingan pendeposit.

Beliau menyifatkan tindakan memboikot perbahasan mengenai TH sebagai sesuatu yang amat mengecewakan terutama apabila ia membabitkan institusi penting bagi umat Islam di negara ini.

“Kita bukan memboikot Perdana Menteri, kita sedang memboikot amanah kita kepada jutaan pendeposit TH,” katanya.

Terdahulu, wakil pembangkang memutuskan untuk tidak menyertai sidang khas berkenaan selepas usul mereka supaya persidangan ditangguhkan namun ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) sebelum itu mencadangkan penangguhan sidang mengambil kira ketidakhadiran Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam pada itu, Syed Saddiq mencadangkan supaya audit forensik dijalankan terhadap TH bagi mengenal pasti punca masalah dan menangani faktor risiko sistemik yang boleh memberi kesan kepada institusi berkaitan kerajaan lain.

Katanya, kegagalan sesebuah syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) berpotensi memberi kesan berantai kepada institusi pelaburan lain sekiranya tidak ditangani dengan berkesan.

Beliau turut menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap isu berkaitan TH tanpa menjadikan kepentingan politik sebagai pertimbangan.

Antara cadangannya ialah pindaan Akta Tabung Haji 1995 bagi memastikan tiada lagi lantikan politik untuk menerajui institusi berkenaan, selain melaksanakan suntikan dana fiskal yang dijanjikan bagi menyokong pelan pemulihan TH.

Tambahnya, tindakan perlu diambil secara telus dan tidak memilih berdasarkan hubungan politik kerana kepentingan pendeposit serta umat Islam perlu diletakkan sebagai keutamaan.

Related Posts

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

SERI KEMBANGAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

KUALA LUMPUR – Pasport Malaysia melonjak ke kedudukan kedua dunia dalam penarafan The Passport Index Global Ranking 2026, meningkat satu anak tangga berbanding tempat ketiga tahun lalu. Menurut Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia