TAWAU – Seorang kelindan lori maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori rigid di Jalan Timur, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang, mangsa berumur 43 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.
Katanya, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian pukul 4.11 petang dan kemalangan dipercayai berlaku ketika lori rigid dipandu lelaki tempatan berumur 62 tahun dari arah Air Panas menuju ke Eastern Engineering, Jalan Timur.
“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa datang dari arah bertentangan sebelum memasuki laluan lori berkenaan.
“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Joseph Jelian Ak Wilson Sigai di talian 016-806 7272 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
Gua Monsud berpotensi jadi tarikan eko-pelancongan baharu Pulau Banggi
KUDAT – Gua Monsud di Pulau Banggi dekat sini berpotensi dikembangkan sebagai tarikan eko-pelancongan baharu susulan penerokaan 16 peserta menerusi Program Jelajah Merdeka ke kawasan itu, baru-baru ini. Wakil penganjur,…
Lebih lanjut




