‘Jika tak dapat tuntut di dunia, saya tuntut di akhirat’ – Pendeposit TH

KUALA LUMPUR – “Saya menuntut hak saya. Saya menabung dalam Tabung Haji (TH) untuk pergi haji. Jika saya tidak dapat menuntutnya di dunia ini, saya akan tuntut di akhirat,” demikian luahan seorang pesara swasta, Hamida Che Mbi, 58.

Menurut Hamida, beliau mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan atau menyeleweng dana TH.

Dia berkata, sebagai pendeposit yang sudah lama membuat simpanan dengan niat menunaikan ibadah haji, golongan seperti dirinya berhak mengetahui perkara sebenar berhubung pengurusan dana institusi berkenaan.

Katanya, golongan berpendapatan rendah sanggup mengetepikan sebahagian pendapatan untuk disimpan dalam TH walaupun terpaksa bekerja siang dan malam bagi memenuhi keperluan kehidupan.

“Bagi kami yang susah, yang bekerja siang dan malam walaupun gaji sedikit, kami tetap menyimpan dalam Tabung Haji untuk menunaikan amanah dan kewajipan sebagai seorang Islam.

“Kami sudah lama menabung, tetapi sampai sekarang masih ada yang belum dapat menunaikan haji. Jadi, amat terkilan apabila mendapat tahu Tabung Haji didakwa pernah dimainkan,” katanya.

Dia berkata demikian kepada The Malaysia Press (TMP) ketika Himpunan Aman 2.0 Penyerahan Memorandum Berhubung RCI Tabung Haji kepada Perdana Menteri di hadapan bangunan Parlimen Kuala Lumpur, hari ini.

Pagi ini, seramai 70 aktivis daripada pelbagai negeri berhimpun sebagai tanda solidariti sempena sidang khas perbahasan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.

Hamida berkata, penubuhan RCI bagi menyiasat isu berkaitan TH memberi harapan kepada pendeposit untuk mengetahui perkara sebenar serta memastikan pihak yang melakukan kesalahan dikenakan tindakan.

“Kalau boleh, pihak yang berkenaan, yang melakukan kesalahan atau mengambil duit TH, tolong ambil tindakan dan dakwa mereka.

“Dunia mungkin boleh terlepas, tetapi akhirat tidak akan terlepas,” katanya.

Pada masa sama, Hamida merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas usaha memperjuangkan isu berkenaan dan memastikan siasatan RCI dijalankan.

Beliau turut mendoakan agar Perdana Menteri diberikan kesihatan yang baik serta berharap semua pihak tidak memandang ringan hasil siasatan berkenaan.

“Jangan dibuang dan jangan dipandang remeh kerana ini amanah daripada rakyat, terutama kami yang menyimpan wang dalam TH dengan harapan dapat menunaikan ibadah haji,” katanya.

Related Posts

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

SERI KEMBANGAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

KUALA LUMPUR – Pasport Malaysia melonjak ke kedudukan kedua dunia dalam penarafan The Passport Index Global Ranking 2026, meningkat satu anak tangga berbanding tempat ketiga tahun lalu. Menurut Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia