Pembangkang keluar Dewan Rakyat ketika Sidang Khas RCI TH disifatkan kebudak-budakan – Amidi

KUALA LUMPUR – Tindakan pembangkang keluar dari Dewan Rakyat ketika pembentangan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) hari ini disifatkan sebagai kebudak-budakan dan tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sekretariat Perpaduan Madani, Amidi Abd Manan berkata, tindakan itu diambil atas alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir dalam sidang khas berkenaan.

Beliau berkata, ketidakhadiran Perdana Menteri tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat kerana sidang khas itu diadakan bagi membincangkan kepentingan rakyat, khususnya pendeposit TH.

“Saya melihat bahawa tindakan itu tindakan kebudak-budakan. Mereka memberikan alasan Perdana Menteri tidak hadir, maka sidang hari ini perlu ditangguhkan.

“Sebenarnya tak ada kena-mengena antara kesihatan Yang Berhormat Perdana Menteri dengan sidang ini. Yang penting sebenarnya sidang ini adalah untuk kita membincangkan kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) pada Himpunan Aman 2.0 dan Penyerahan Memorandum Berhubung RCI Tabung Haji kepada Perdana Menteri di hadapan bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Amidi yang juga Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR berkata, tindakan pembangkang keluar Dewan Rakyat juga dilihat seolah-olah cuba mewujudkan persepsi bahawa hanya Perdana Menteri yang sepatutnya menjawab isu berkenaan.

Katanya, perkara itu sebenarnya boleh dibincangkan bersama menteri yang bertanggungjawab, selain Menteri Kewangan II yang turut hadir dalam persidangan berkenaan.

“Perkara ini terletak pada Menteri Agama, yang bawah Menteri Agama. Jadi saya kira untuk perbincangan pada hari ini cukup, perbincangan ini cukup antara Ahli Parlimen, Menteri yang bertanggungjawab pun ada, dan juga Menteri Kewangan II pun ada.

“Pada saya, itu kena tanya mereka sama ada mereka takut atau kita daripada luar ini melihat sebagai satu perkara yang tidak matang dan tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata, pembangkang sepatutnya mengambil kesempatan dalam sidang khas itu untuk mengutarakan kepentingan rakyat dan membincangkan penambahbaikan terhadap tadbir urus TH, bukannya meninggalkan Dewan Rakyat.

“Seharusnya mereka sebagai wakil rakyat perlu berbincang, perlu mengutarakan kepentingan rakyat ini, kalau apa keadaan sekalipun.

“Pembangkang ini sepatutnya menjadi pembangkang yang membina. Ia bukan hanya pembangkang yang tahu mencari silap,” katanya.

Amidi berkata, perbahasan berhubung laporan RCI juga wajar dilihat dari sudut penambahbaikan tata kelola TH dan mana-mana agensi kerajaan bagi memastikan kepentingan rakyat terus dilindungi.

“Seharusnya kita bincangkan daripada kaca mata mereka sendiri bagaimana tata kelola yang seharusnya berlaku dalam TH ataupun mana-mana agensi sekalipun.

“Ini sebenarnya merupakan salah satu daripada teras pentadbiran yang dibawa oleh Yang Berhormat Perdana Menteri, iaitu tentang ketelusan, kebertanggungjawaban dan tadbir urus,” katanya.

Terdahulu, pagi ini, blok pembangkang bertindak keluar dari Dewan Rakyat selepas usul untuk menangguhkan Sidang Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan laporan RCI TH ditolak.

Tindakan itu dibuat susulan ketidakhadiran Anwar, yang tidak dapat menghadiri sidang khas berkenaan kerana sedang mendapatkan rawatan.

Blok pembangkang kemudian tidak menyertai sesi penerangan Menteri berhubung laporan RCI TH yang diteruskan di Dewan Rakyat.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan