Harga diesel, RON95 kekal

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 3 hingga 9 Oktober ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit diesel di Semenanjung kekal pada RM2.95 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada paras RM2.15 seliter untuk tempoh berkenaan.

Penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan dengan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

Related Posts

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

PUTRAJAYA – Kerajaan melancarkan inisiatif MediAsas sebagai langkah memperkukuh reformasi pembiayaan kesihatan negara bagi memastikan rakyat mendapat perlindungan kesihatan yang lebih mampu milik di tengah peningkatan kos rawatan perubatan. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan FELDA menyelesaikan isu berkaitan peneroka khususnya membabitkan perumahan generasi kedua dan pemilikan tanah. Perdana Menteri berkata, badan kemajuan itu perlu berusaha menyelesaikan setiap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam