Penguatkuasaan warga asing perlu lebih bersasar, fokus kawasan ‘hitam’

SANDAKAN – Operasi penguatkuasaan warga asing wajar dilaksanakan secara lebih bersasar dengan memberi tumpuan kepada kawasan ‘hitam’ yang dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sandakan.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin berkata, sesetengah kawasan tumpuan pendatang tanpa izin dikaitkan dengan sambungan air dan elektrik haram serta berpotensi mencetuskan masalah sosial dan keselamatan, termasuk penyalahgunaan dadah.

“Sekiranya operasi terhadap pekerja asing terus tertumpu di kawasan bandar dan komersial, keadaan itu berpotensi memberi kesan kepada ekonomi serta bekalan tenaga kerja di Sandakan.

“Sehubungan itu, kawasan ‘hitam’ perlu diberikan keutamaan dalam tindakan penguatkuasaan,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Mengulas lanjut, George berkata, tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing yang semakin kerap dijalankan di pasar, pusat makanan, kedai kopi, tapak pembinaan dan kilang sejak kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengusaha tempatan.

Katanya, keadaan itu menyebabkan sesetengah pengusaha berdepan kekurangan pekerja sehingga menjejaskan operasi perniagaan.

“Kita tidak menentang tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing yang berada di negara ini secara haram.

“Namun, terdapat perbezaan antara pendatang tanpa izin yang terlibat dalam kegiatan tidak sah dengan pekerja asing yang menjalankan pekerjaan secara aman dan mencari rezeki dalam sektor yang sah,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Walter Kenson berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung perkara berkenaan disamping mempertingkatkan usaha membanteras kehadiran PTI.

“Pihak berkuasa akan terus memberi perhatian terhadap pelbagai permasalahan yang berpunca daripada kehadiran PTI serta memperkukuhkan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Sandakan sentiasa terpelihara,” tegasnya.

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah