Bersatu makin rosak, orang Melayu tolak doktrin kebencian ciptaan pembangkang

PUTRAJAYA – Kekalahan ‘mengaibkan’ calon Bersatu secara berturut-turut dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah isyarat jelas bahawa rakyat, khususnya orang Melayu menolak politik kebencian dimainkan Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini, PRK DUN Nenggiri menyaksikan calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani memperoleh kemenangan dengan jumlah undi majoriti
3,352 undi manakala calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah pada PRK DUN Mahkota menang bergaya dengan memperoleh majoriti besar sebanyak 27,995 undi.

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, sejak ‘berkawan’ dengan Pas, Bersatu bukan sahaja dianggap sebagai ‘underdog’, malah terdesak menerima watak-watak ekstrem buangan UMNO dan PKR sebagai tentera siber di media sosial dan kempen politik selepas keluar daripada PH.

Malah, katanya, imej serta reputasi Bersatu ketika ini sudah semakin rosak selepas ‘diperkosa’ oleh mentaliti jumud dan ekstremis Pas yang menggunakan tunggangan agama sebagai modal politik.

“Mereka menunggang agama dengan melaungkan slogan Islam terancam di Malaysia dan pesaing politik mereka dilabel kafir harbi atau munafik secara suka hati. Ahli-ahli Bersatu sudah tenggelam dipengaruhi cara berpolitik Pas yang hanya laku di kawasan-kawasan Melayu ultra konservatif sahaja.

“Selama 24 jam kelompok ekstrem dalam Bersatu dan PN menabur pelbagai fitnah, syak wasangka, paranoia dan provokasi sentimen perkauman dan agama untuk mewujudkan situasi emosional kelompok Melayu-Islam, seolah-olah negara ini huru-hara, tiada Ketua Agama Islam dan kerajaan yang menjaga hak setiap rakyat melalui Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada The Malaysia Press, hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Faiz berkata, tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi penasihat bagi Syarikat State Goverment (SG4) Group Sdn Bhd di empat negeri pimpinan Pas membuktikan suara Bersatu tidak lagi didengari di blok pembangkang.

Beliau yang ketika ini merupakan ahli PKR menegaskan provokator dalam kalangan pemimpin yang membiak dalam Bersatu sudah buntu idea apabila ekonomi negara makin mantap di bawah Kerajaan Madani yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ramai ahli baharu Bersatu zaman PN ini lupa dan tidak tahu bahawa kepimpinan parti itu di awal penubuhannya yang ketika itu diterajui Tun Dr. Mahathir berulang-alik melawat Anwar ketika masih bergelar banduan demi mendapatkan sokongan PH dan PKR dalam menentang kleptokrat. Itulah maknanya menjadi Banduan Terhormat.

“Para provokator dari Bersatu dan PN didominasi watak tua yang dibuang UMNO dan PKR itu tadi kian hilang punca kerana bertentangan dengan roh perjuangan asal yang sepatutnya membawa orang Melayu menjadi lebih moderat melalui pemikiran pragmatik dan rasional, bukannya retorik dan sentimen yang menunggang Ketuanan Melayu,” katanya.

Sehubungan itu, Muhammad Faiz mengajak pengasas dan penyokong ‘tulen’ Bersatu berhijrah ke PKR dan gabungan politik PH bagi meneruskan agenda reformasi,

Menurutnya, pembaharuan yang dilakukan adalah tidak boleh memainkan sentimen kaum dan agama yang boleh memecah-belahkan masyarakat majmuk negara ini yang rata-ratanya berhaluan sederhana belaka.

“Siapa yang untung dalam Bersatu sekarang ini jika bukan saf kepimpinan di atas yang mahu mengekalkan kedudukan mereka sama ada dalam jawatan parti atau pun sekadar bangga menjadi Exco dalam kerajaan negeri yang didominasi oleh puak Pas.

“Mereka peduli apa dengan nasib masa depan parti apatah lagi akar umbi dan pelapis muda. Calon PRK pun import dari Pas untuk Nenggiri malah untuk Mahkota pula calonnya bukan anak muda,” katanya.

Related Posts

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

KERALAM (INDIA) – Kestabilan Kerajaan Perpaduan terus menjadi keutamaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani perbezaan pandangan berhubung kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan UMNO. Anwar yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang