Peranan masjid perlu diperluas sebagai pusat pembangunan ummah

SRI AMAN – Institusi masjid perlu terus diperkasa dan diperluas peranannya sebagai rakan strategik kerajaan dalam pembangunan modal insan serta kesejahteraan masyarakat di Sarawak.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Abdul Rahman Junaidi berkata, pembangunan negeri yang mampan tidak hanya bergantung kepada pembangunan fizikal, sebaliknya perlu disokong pembangunan rohani dan insan yang seimbang.

Menurutnya, masjid mempunyai kekuatan tersendiri kerana memiliki kepercayaan masyarakat, jaringan hingga ke peringkat akar umbi, kepimpinan komuniti serta nilai yang mampu menyatukan masyarakat.

“Kerajaan mampu menyediakan pembangunan fizikal. Tetapi pembangunan rohani memerlukan penglibatan seluruh masyarakat, khususnya institusi masjid.

“Inilah sebabnya Kerajaan Sarawak sentiasa melihat masjid bukan sekadar sebagai tempat ibadah, tetapi sebagai rakan strategik dalam pembangunan modal insan dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha pada Majlis Perasmian Muktamar Pengurusan dan Pengimarahan Masjid Sarawak 2026 Zon Selatan Siri II (Sri Aman dan Betong), di sini pada Isnin.

Abdul Rahman berkata, perubahan teknologi, perkembangan kecerdasan buatan (AI), media sosial dan ekonomi digital telah mewujudkan peluang serta cabaran baharu yang memerlukan institusi masjid bergerak seiring dengan perubahan zaman tanpa mengorbankan prinsip Islam.

Sehubungan itu, beliau menyeru jawatankuasa pengurusan masjid dan surau serta pemegang amanah institusi Islam supaya menilai kejayaan pengimarahan bukan semata-mata berdasarkan jumlah program yang dilaksanakan, tetapi melalui perubahan positif dalam kehidupan ahli kariah.

“Nilailah kejayaan mentadbir, mengurus dan mengimarahkan masjid dan surau melalui perubahan yang berlaku dalam kehidupan ahli kariah serta berapa ramai manusia yang berubah menjadi lebih dekat kepada Allah SWT,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata penerbitan Manual Pengimarahan Masjid dan Surau Sarawak serta Tatacara Pelaksanaan Solat Fardu Jumaat Sarawak merupakan langkah penting bagi memperkukuh pengurusan institusi masjid dan surau secara lebih tersusun, seragam dan berkesan di seluruh negeri.

Beliau turut mengajak semua pemegang amanah menjadikan tema “Ummah Maju Makmur” sebagai gerakan yang diterjemahkan melalui tindakan di setiap masjid, kariah dan komuniti bagi membentuk masyarakat yang maju, harmoni, berakhlak dan beriman.

Related Posts

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

KUANTAN – Tiga projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) di bawah Kementerian Ekonomi akan dilaksanakan di kawasan Tanjung Lumpur dekat sini untuk kemudahan warga petani di situ. Ketua Cabang PKR Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

KOTA KINABALU – Kerajaan berhasrat memperkenalkan dan menguji teknologi ‘direct to device’ daripada satelit terus ke telefon bimbit dalam pelaksanaan Program JENDELA Fasa Dua bagi memperluas liputan komunikasi khususnya di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

  • By Ithma
  • August 10, 2026
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini