Pahang rangka dasar komprehensif tangani insiden pokok tumbang

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang sedang merangka dasar komprehensif bagi menangani risiko pokok tumbang di seluruh negeri, termasuk cadangan mewujudkan zon penampan di kawasan hutan simpan berhampiran jalan raya.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Seri Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, langkah tersebut susulan tragedi pokok tumbang mengorbankan empat nyawa di Janda Baik, Bentong baru-baru ini serta beberapa kawasan lain di negeri ini.

Katanya, perkara itu dibincangkan bersama Jabatan Kerja Raya, pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara bagi mencari penyelesaian secara menyeluruh.

“Kita tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya perlu mencari jalan penyelesaian yang proaktif supaya kejadian seperti ini dapat dikurangkan, terutama apabila membabitkan pokok berhampiran laluan kenderaan.

“Antara cadangan adalah mewujudkan zon penampan yang bersesuaian di kawasan hutan simpan yang mempunyai jalan raya bagi mengurangkan risiko pokok tumbang menghempap laluan,” katanya, seperti dilapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Lawatan Perkhidmatan Bas, di sini, hari ini.

Mohammad Fakhruddin berkata, pihaknya turut mengarahkan semua PBT mendapatkan laporan tentang jumlah dan lokasi pokok berusia serta berisiko, termasuk pokok bernilai tinggi yang perlu dipelihara di kawasan pentadbiran masing-masing.

Menurutnya, pokok-pokok berusia yang mempunyai nilai estetika tidak boleh ditebang sewenang-wenangnya sebaliknya perlu diperiksa secara berkala oleh arborist atau pakar penjagaan pokok bagi menentukan tahap kesihatan serta tindakan yang diperlukan.

“Kalau kita mahu pelihara pokok lama yang bernilai tinggi, ia perlu mendapat pengesahan pihak bertauliah. Mungkin perlu dipangkas, dibaja, dirawat atau disuntik berdasarkan laporan terperinci.

“Kalau pakar mengesahkan pokok itu sudah tidak dapat diselamatkan dan membahayakan orang ramai, barulah tindakan menebang boleh dipertimbangkan oleh PBT,” katanya.

Related Posts

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

MUKAH – Projek Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah yang menghubungkan kawasan di antara Sungai Penakub dengan Sungai Tellian kini berjalan lancar, sekali gus dijangka bakal memberikan manfaat sosioekonomi jangka panjang kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

KUANTAN – Polis menahan tujuh pelajar sebuah sekolah agama di Rompin, kerana disyaki terbabit dalam dua kejadian buli, bulan ini. Mangsa terdiri daripada tiga pelajar berusia 14 tahun yang belajar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian