Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

SARIKEI – Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sarikei mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan kehadiran seramai 115,150 pengunjung, sekali gus menjadi jumlah tertinggi sepanjang penganjuran program berkenaan di Sarawak tahun ini.

Jumlah kehadiran itu mencerminkan sambutan menggalakkan masyarakat terhadap pendekatan Kerajaan Sarawak yang membawa perkhidmatan awam lebih dekat kepada rakyat, selain menyediakan ruang interaksi secara langsung dengan pelbagai agensi kerajaan dalam satu lokasi.

Penasihat di Pejabat Premier Sarawak bagi Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Tan Sri William Mawan Ikom berkata, pencapaian itu membuktikan Sarawakku Sayang terus menjadi platform berkesan dalam usaha kerajaan mendekati masyarakat serta memastikan perkhidmatan dan maklumat dapat disampaikan secara terus.

“Melalui program ini, masyarakat berpeluang mendapatkan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung, di samping memperoleh maklumat dan berurusan secara terus dengan kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penangguhan Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei di Kompleks Sukan Sarikei pada Ahad.

Menurut beliau, penganjuran selama tiga hari bermula Jumaat membabitkan penyertaan 45 agensi kerajaan negeri dan Persekutuan serta kira-kira 50 usahawan tempatan, sekaligus memperluas peluang masyarakat mendapatkan perkhidmatan dan maklumat secara lebih mudah.

Katanya, SKS bukan sekadar medan penyampaian perkhidmatan kerajaan, malah turut menjadi platform kepada usahawan tempatan untuk memperkenalkan produk, memperluas pasaran dan mengembangkan perniagaan masing-masing.

“Harapan saya agar kejayaan yang dicapai kali ini dapat menjadi pemangkin kepada penganjuran yang lebih besar pada masa akan datang, dengan penyertaan yang lebih meluas daripada pelbagai lapisan masyarakat,” katanya sambil merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program berkenaan.

Kemeriahan program turut diserikan dengan cabutan hadiah e-Peraduan Sarawakku Sayang apabila hadiah utama berupa emas seberat 20 gram dimenangi Martini binti Jaapar Sidek, sekali gus melengkapkan penganjuran tiga hari yang mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat.

Related Posts

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

LIMBANG – Profesion kejururawatan diiktiraf sebagai tunjang utama dalam memastikan kelancaran sistem penjagaan kesihatan negara, selain bertindak sebagai penghubung penting antara pesakit dengan pasukan perubatan. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

BEAUFORT – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) tampil dengan pendekatan baharu menerusi aktiviti berjalan kaki pada program Langkah Jiwa Merdeka bagi mendekati masyarakat dan menyemarakkan semangat patriotisme sempena Bulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan