Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

LIMBANG – Profesion kejururawatan diiktiraf sebagai tunjang utama dalam memastikan kelancaran sistem penjagaan kesihatan negara, selain bertindak sebagai penghubung penting antara pesakit dengan pasukan perubatan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, peranan kumpulan wira tidak didendang itu tidak sekadar terhad kepada tugas memastikan kesinambungan rawatan semata-mata.

Menurut beliau, skop tugasan jururawat sebenarnya jauh lebih meluas merangkumi pemantauan pesakit secara rapi, pemberian ubat-ubatan, pendidikan kesihatan serta sokongan fizikal dan emosi kepada pesakit mahupun ahli keluarga.

“Jururawat merupakan nadi yang bekerja tanpa mengira waktu demi memastikan setiap individu menerima penjagaan yang selamat, berkualiti dan berperikemanusiaan.

“Justeru, segala dedikasi dan khidmat bakti para jururawat harus diberikan pujian serta penghargaan yang sewajarnya,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Hari Jururawat Limbang 2026 pada Ahad.

Hasbi menjelaskan, kerajaan sentiasa komited memastikan standard penjagaan kesihatan negara sentiasa berada pada tahap terbaik agar setanding dengan negara-negara maju.

Susulan perkembangan pesat dalam bidang perubatan, beliau menggesa warga jururawat untuk terus mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran klinikal.

Dalam pada itu, beliau turut meluahkan rasa bangga terhadap evolusi profesion kejururawatan di Hospital Limbang yang disifatkannya semakin progresif.

Beliau memaklumkan, hospital berkenaan kini memiliki ramai jururawat berkelulusan ijazah yang mula menggalas tanggungjawab besar dalam kumpulan pengurusan dan profesional.

“Saya difahamkan pada tahun 2012, Hospital Limbang menerima jururawat lelaki pertama untuk bertugas di sini dan beliau kemudiannya telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jururawat Lelaki pertama.

“Pada masa kini, jumlah jururawat lelaki yang berkhidmat di hospital ini juga semakin bertambah dan perkembangan ini secara tidak langsung memberikan dinamika baharu kepada perkhidmatan penjagaan pesakit di daerah ini,” ujarnya.

Sementara itu, Hasbi menasihati seluruh warga jururawat agar sentiasa mengutamakan nilai ihsan dan tidak menjadikan kecanggihan teknologi perubatan moden sebagai alasan untuk mengetepikan sentuhan kemanusiaan.

Tegasnya, nilai empati seperti melayan pesakit umpama keluarga sendiri, mengukir senyuman serta bertutur dengan lemah lembut adalah penawar terbaik yang mampu menghilangkan keresahan jiwa pesakit.

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah