Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar memutuskan untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada pengajian lanjutan serta meneruskan usaha khidmat dan bakti dalam ruang yang lebih luas.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, keputusan berkenaan tidak bermakna beliau meninggalkan perjuangan parti, sebaliknya akan terus kekal sebagai anggota PKR dan menyokong usaha parti ke arah Malaysia yang lebih baik di bawah pimpinan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kepemimpinan serta akar umbi.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh anggota PKR, pimpinan di setiap peringkat, sahabat seperjuangan dan setiap insan yang telah bersama saya dalam perjuangan ini.

“Terima kasih di atas kepercayaan, teguran, doa dan pengorbanan yang tidak pernah putus.

“Insya-Allah kita ketemu sewaktu Kongres Nasional PKR pada 14 dan 15 Ogos kelak,” katanya dalam kenyataan media menerusi Facebook, hari ini.

Nurul Izzah turut menzahirkan penghargaan kepada Presiden PKR serta barisan kepemimpinan parti kerana menerima keputusannya untuk melepaskan jawatan tersebut.

“Alhamdulillah, saya mengucapkan sepenuh penghargaan kepada Datuk Seri Presiden berserta kepemimpinan parti kerana mengambil maklum akan keputusan saya melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR.

“Saya yakin Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selaku Timbalan Presiden dan Datuk Seri Amirudin Shari selaku Pengarah Pilihan Raya akan melaksanakan amanah ini dengan penuh kebijaksanaan, hikmah dan ketekunan dalam menggalas harapan rakyat.

“Saya mendoakan agar setiap urusan mereka dipermudah dalam memikul tanggungjawab ini,” katanya.

Sebelum ini, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan untuk memberikan cuti sementara kepada Nurul Izzah selepas Kongres Nasional PKR 2026 selain melantik Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjalankan tugas Timbalan Presiden secara sementara.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat selepas MPP meneliti permohonan Nurul Izzah untuk mengundurkan diri daripada jawatan berkenaan serta mengambil kira pandangan beliau dan barisan kepemimpinan parti.

Beliau berkata, selepas mendengar pandangan Nurul Izzah serta pimpinan parti, MPP bersetuju memberikan cuti sementara kepada beliau bermula selepas Kongres Nasional PKR 2026 sehingga tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Related Posts

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Semakan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nurul Izzah diberi cuti sementara, Saifuddin jalankan tugas Timbalan Presiden PKR – Fahmi

KUALA LUMPUR – Jangkaan mengenai rombakan kepimpinan PKR yang dilaporkan sejak awal hari ini terjawab apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu memutuskan memberi cuti sementara kepada Timbalan Presidennya, Nurul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh