Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semakan pada sistem mahkamah menunjukkan Ahli Parlimen Bera itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada jam 9 pagi bagi menghadapi pertuduhan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Difahamkan, pertuduhan yang akan dikenakan terhadap Ismail Sabri berkaitan isu pengisytiharan harta.

Sebelum ini, beliau telah beberapa kali hadir ke ibu pejabat SPRM untuk memberikan keterangan kepada pegawai penyiasat berhubung pengisytiharan harta yang dikemukakan kepada suruhanjaya berkenaan.

Dalam siasatan berkaitan, SPRM sebelum ini mengumumkan penemuan wang tunai berjumlah RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta penyitaan 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta.

Wang tunai dan jongkong emas itu ditemui hasil operasi penggeledahan di beberapa lokasi, termasuk kediaman serta pejabat yang dipercayai dijadikan ‘rumah selamat’, susulan siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.

Sementara itu, peguam Ragunath Kesavan yang mewakili Ismail Sabri ketika dihubungi Bernama mengesahkan anak guamnya akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Related Posts

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KEMAMAN- Bunyi geseran pasir pada dinding sebuah rumah membawa kepada penemuan seekor penyu yang dipercayai daripada spesies penyu agar di Kampung Geliga, dekat sini. Memetik sumber Sinar Harian, kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

REALITI memimpin Malaysia ketika ini tidak sama dengan gambaran perjuangan Reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran yang memerlukan rundingan dengan pelbagai parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX