Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KOTA KINABALU – Gerakan koperasi di Sabah disaran lebih berani memanfaatkan potensi besar sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu melalui pembangunan produk, perkhidmatan dan jaringan perniagaan yang lebih kompetitif.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah, Awg Ruslli Mohammad berkata, industri pelancongan menawarkan peluang luas kepada koperasi untuk menjana pendapatan mampan sekali gus memperkukuh ekonomi anggota dan komuniti setempat.

“Koperasi tidak boleh lagi bergantung kepada model perniagaan tradisional, sebaliknya perlu berani meneroka sektor pelancongan menerusi pendekatan inovatif, kerjasama strategik dan rangkaian perniagaan yang lebih kukuh.

“Koperasi mempunyai potensi besar untuk menjadi pemain penting dalam industri pelancongan sekiranya mereka bersedia merebut peluang yang tersedia dan membangunkan produk serta perkhidmatan yang memenuhi kehendak pasaran,” katanya berucap merasmikan Program Coop Biz Nest Sipitang 2026, pada Khamis.

Menurutnya, sektor pelancongan bukan sahaja mampu meningkatkan pendapatan koperasi, malah berpotensi merangsang pembangunan ekonomi komuniti melalui penyertaan aktif penduduk tempatan dalam pelbagai aktiviti ekonomi.

“Sehubungan itu, saya menggesa koperasi di seluruh Sabah supaya memanfaatkan sepenuhnya pelbagai peluang yang disediakan oleh kerajaan dan agensi berkaitan termasuk bantuan pembangunan, pembiayaan serta latihan bagi meningkatkan daya saing koperasi.

“Usaha berterusan ini dapat membangunkan produk pelancongan yang berkualiti yang akan membantu memperkukuh kedudukan koperasi sebagai pemacu pembangunan sosioekonomi negeri, “ujarnya.

Penganjuran Coop Biz Nest Sipitang 2026 adalah selaras dengan aspirasi Dasar Koperasi Negara (DKN) 2030 yang menyasarkan koperasi sebagai peneraju kecemerlangan ekonomi negara melalui pengukuhan jaringan perniagaan, peningkatan kapasiti keusahawanan serta pembangunan sektor pelancongan yang mampan.

Program berkenaan menghimpunkan koperasi, agensi kerajaan dan pemain industri pelancongan dalam usaha memperluaskan jaringan kerjasama, berkongsi kepakaran serta meneroka peluang perniagaan baharu dalam sektor pelancongan.

Antara pengisian program termasuklah beberapa sesi taklimat mengenai peluang pembiayaan, bantuan pembangunan dan strategi memperkasa koperasi dalam industri pelancongan yang disampaikan oleh wakil Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET), Sabah Tourism Board (STB) serta SKM Negeri Sabah.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET