BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) berhasrat mempertahankan semua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang gabungan itu di Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu disuarakan oleh Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang berazam mempertahankan semua kerusi berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, BN terbuka untuk mengadakan persefahaman dengan mana-mana pihak.

“Daripada 28 kerusi (DUN) di Melaka, maka Ketua Menteri, selaku Pengerusi BN Melaka, memaklumkan kepada saya bahawa beliau berazam untuk mempertahankan kedudukan seluruh 21 kerusi yang dimenangi itu.

“Pasti akan ada musyawarah antara semua pihak dan seperti dinyatakan oleh Ketua Menteri Melaka, beliau sangat terbuka dan kami kepimpinan BN di peringkat pusat akan dirundingi untuk menjadi kata pemutus kepada sebarang persepakatan atau persefahaman yang akan dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), pada Khamis

Mengenai gelombang biru susulan kemenangan BN pada PRN Johor dan Negeri Sembilan, Ahmad Zahid berkata, gelombang itu diharap dapat merebak ke seluruh Semenanjung.

“Bermula dari Johor menjalar ke Negeri Sembilan dan insya-Allah ke Melaka, kita lihat bagaimana geopolitik di negara kita menjelang PRU ke-16 (Pilihan Raya Umum Ke-16).

“Kita sebagai sebuah parti gabungan tetap berazam untuk merangkul dukungan daripada semua rakyat yang mungkin mahu merubah cita rasa politik,” katanya.

Sama ada gelombang itu akan membabitkan warna biru pekat yang dikaitkan dengan Perikatan Nasional (PN), beliau berkata, ia bergantung pada keikhlasan dan kejujuran mereka.

“Ia bergantung kepada keikhlasan dan kejujuran mereka di dalam sebarang rundingan yang akan dilakukan. Kita sudah tetapkan di mana kerusi yang kita menang. kita tidak akan kongsi kerusi itu dengan mana-mana pihak,” katanya.

Related Posts

Sudah masa politik Malaysia kembali kepada rasional, sederhana – Alexander Nanta

MALAYSIA perlu kembali kepada pendekatan politik yang rasional, sederhana dan inklusif bagi memastikan keharmonian serta kestabilan negara terus terpelihara. Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Alexander Nanta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Exco dilucut jawatan, ‘formula’ Tok Mat kembali dipersoal – Pemerhati politik

PEMBATALAN pelantikan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan oleh Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menghidupkan kembali persoalan mengenai kaedah penyelesaian krisis adat yang pernah disebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Awang Hashim selesai cara baik, tarik balik kenyataan fitnah Anwar

Awang Hashim selesai cara baik, tarik balik kenyataan fitnah Anwar

Pertemuan MB, Exco dengan Tunku Nadzaruddin batal, media dihalang temui Ismail

Pertemuan MB, Exco dengan Tunku Nadzaruddin batal, media dihalang temui Ismail

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti