Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

SHAH ALAM – Kadar jenayah di Selangor terus menunjukkan trend penurunan sepanjang tahun ini hasil kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), masyarakat, agensi kerajaan serta sektor swasta dalam usaha memperkukuh aspek keselamatan dan ketenteraman awam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, perkongsian maklumat dan penglibatan aktif masyarakat menjadi faktor utama yang membantu meningkatkan keberkesanan usaha pencegahan serta pembanterasan jenayah di seluruh negeri.

Beliau berkata, daerah Kajang antara kawasan yang merekodkan penurunan kadar jenayah, selain mencatatkan kadar pertuduhan yang memberangsangkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

“Pencapaian ini adalah hasil penguatkuasaan yang dilaksanakan secara konsisten oleh pihak polis dengan sokongan dan kerjasama masyarakat setempat,” katanya, seperti dipetik media tempatan pada Khamis.

Menurut Shazeli, kadar pertuduhan merupakan antara petunjuk penting dalam mengukur keberkesanan tindakan penguatkuasaan, khususnya bagi memastikan setiap kes yang disiasat dapat diselesaikan dan dibawa ke muka pengadilan.

Bagaimanapun, beliau mengakui masih terdapat beberapa cabaran keselamatan yang memerlukan perhatian berterusan, termasuk kegiatan lumba haram dan mat rempit, penyalahgunaan dadah serta isu pendatang asing tanpa izin (PATI).

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai agar terus menyalurkan maklumat, aduan dan sebarang isu keselamatan kepada pihak polis bagi membantu usaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan komuniti.

“Kerjasama masyarakat amat penting dalam memastikan setiap isu keselamatan dapat ditangani dengan lebih pantas dan berkesan,” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmen PDRM Selangor untuk terus memperkukuh hubungan strategik dengan masyarakat selaras dengan tema Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’, demi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, aman dan harmoni.

Related Posts

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

MUKAH – Projek Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah yang menghubungkan kawasan di antara Sungai Penakub dengan Sungai Tellian kini berjalan lancar, sekali gus dijangka bakal memberikan manfaat sosioekonomi jangka panjang kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

KUANTAN – Polis menahan tujuh pelajar sebuah sekolah agama di Rompin, kerana disyaki terbabit dalam dua kejadian buli, bulan ini. Mangsa terdiri daripada tiga pelajar berusia 14 tahun yang belajar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian