Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying berkata, pemeriksaan itu tidak seharusnya hanya tertumpu kepada ancaman anai-anai, sebaliknya meliputi keadaan rasuk, bumbung dan komponen struktur lain.

Katanya, langkah itu penting bagi mengelakkan kejadian runtuhan struktur bangunan warisan daripada berulang.

“Warisan George Town adalah khazanah yang tidak ternilai.

“Tanggungjawab kita bukan sahaja memelihara nilai sejarah dan kebudayaannya, malah memastikan setiap bangunan warisan kekal selamat kepada penduduk, peniaga dan pelancong,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian susulan laporan media semalam, mengenai dua pelancong warga Sri Lanka yang cedera selepas dihempap runtuhan batu dan kayu daripada bahagian rasuk di tingkat satu sebuah bangunan warisan di Lebuh Armenian.

Lim berkata, setakat ini pihak kerajaan negeri sudah mengarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menjalankan inisiatif kawalan makhluk perosak di kawasan berkenaan, walaupun penyelenggaraan bangunan merupakan tanggungjawab pemilik premis.

Katanya, arahan kepada George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) bersama MBPP bagi mengeluarkan nasihat am kepada semua pemilik bangunan warisan supaya menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas premis masing-masing juga merupakan langkah yang tepat dan wajar.

“Kita tidak boleh berkompromi dalam soal keselamatan, ia mesti menjadi keutamaan khususnya di kawasan warisan dunia UNESCO yang menjadi tumpuan penduduk serta pelancong dari dalam dan luar negara.

“Sekiranya siasatan mengesahkan kejadian ini berpunca daripada kerosakan struktur, maka insiden ini harus jadi satu peringatan kepada semua pemilik bangunan warisan supaya memberi perhatian lebih serius terhadap aspek penyelenggaraan dan keselamatan struktur bangunan masing-masing,” katanya lagi.

Lebuh Armenian yang terletak dalam kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO antara lokasi terkenal pelancongan berikutan berikutan mempunyai nilai sejarah, budaya dan seni jalanan.

Related Posts

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat