Sabah tekad perkasa tadbir urus pelancongan melalui MA63 – Jafry

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah terus komited memperjuangkan cadangan meletakkan sektor pelancongan di bawah Senarai Bersama (Concurrent List) Perlembagaan Persekutuan selaras dengan semangat dan prinsip Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, langkah itu akan memberikan Sabah kuasa perundangan untuk mengawal selia, mentadbir dan membangunkan industri pelancongan mengikut keperluan, keutamaan serta keunikan negeri.

Menurutnya, Sabah tidak menuntut layanan istimewa, sebaliknya mahu memperkukuh keupayaan menguruskan salah satu sektor ekonomi terpenting negeri selaras dengan semangat MA63.

“Cadangan ini akan membolehkan Sabah memperkukuh tadbir urus pelancongan, menambah baik sistem pelesenan dan kawal selia, memelihara warisan budaya serta khazanah alam semula jadi serta meningkatkan keselamatan pelancong.

“Selain itu memperkenalkan dasar seperti Levi Kelestarian Pelancongan bagi menyokong usaha pemuliharaan dan pembangunan pelancongan berasaskan komuniti,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Beliau berkata, cadangan itu bukan bertujuan memisahkan Sabah daripada kerangka pelancongan negara, sebaliknya mewujudkan kerjasama yang lebih berkesan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

“Cadangan ini adalah untuk memperkasakan Sabah supaya dapat mengurus industri pelancongannya dengan lebih berkesan, sambil terus menyumbang kepada agenda pembangunan pelancongan negara,” katanya.

Jafry menjelaskan industri pelancongan Sabah mempunyai keunikan tersendiri yang memerlukan dasar dan pendekatan bersesuaian dengan realiti geografi, alam sekitar serta sosioekonomi negeri.

Katanya, kekayaan biodiversiti, kawasan perlindungan yang luas, pelancongan pulau, warisan budaya masyarakat pribumi dan pembangunan pelancongan berasaskan komuniti memerlukan tadbir urus yang lebih fleksibel di peringkat negeri.

Beliau berkata, peranan lebih besar kepada Sabah dalam tadbir urus pelancongan bukan sahaja memberi manfaat kepada negeri, malah mampu memperkukuh daya saing industri pelancongan Malaysia secara keseluruhan.

“Sektor pelancongan kekal sebagai antara tonggak utama ekonomi Sabah yang mewujudkan peluang pekerjaan, menyokong pertumbuhan perusahaan tempatan serta menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi negeri.

“MA63 bukan sekadar dokumen sejarah, sebaliknya merupakan komitmen perlembagaan yang perlu terus menjadi panduan dalam pembentukan dasar serta memperkukuh hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan Kerajaan Negeri Sabah kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan serta semua pihak berkepentingan bagi memastikan cadangan itu dapat dilaksanakan menerusi libat urus yang konstruktif demi kepentingan Sabah dan Malaysia.

“Kami yakin bahawa melalui kerjasama, saling menghormati dan komitmen bersama terhadap semangat MA63, kita mampu memperkukuh industri pelancongan Malaysia demi manfaat semua,” jelasnya.


Related Posts

Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

KUANTAN – Sebanyak 2,485 barang kes membabitkan pelbagai jenis dadah dengan nilai anggaran RM433,552.78 akan dilupuskan esok selepas selesai proses perundangan. Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

TEMERLOH – Dua pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai terlanggar bahagian belakang sebuah kereta sebelum tercampak ke laluan bertentangan dan dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

13 tuntutan MA63 selesai, Kerajaan MADANI komited muktamad perkara tertangguh

13 tuntutan MA63 selesai, Kerajaan MADANI komited muktamad perkara tertangguh

Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

Program SMARTCOM 2.0 bawa pendedahan teknologi ke pedalaman Bekenu

Program SMARTCOM 2.0 bawa pendedahan teknologi ke pedalaman Bekenu

Laluan lama Bentong-Kuala Lumpur perlu dibuat penilaian risiko

Laluan lama Bentong-Kuala Lumpur perlu dibuat penilaian risiko