Mukah himpun 160 pakar maritim jayakan latihan SAREX 2026

MUKAH – Perairan Mukah dipilih sebagai lokasi Eksesais Mencari dan Menyelamat (SAREX) Tahap 3 2026 yang menghimpunkan 160 peserta daripada 20 agensi bagi menguji kesiapsiagaan kecemasan maritim. 

Latihan berskala besar selama tiga hari hingga Khamis ini turut melibatkan penyertaan sektor swasta dan pengamal media bagi memperkukuh kerjasama pengendalian insiden di laut.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kepten (M) Simon Templer Lo Tusa berkata, pelaksanaan eksesais tersebut amat penting bagi menilai tahap persediaan anggota penyelamat khususnya di zon pantai.

“Pemilihan lokasi secara berkala ini memastikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta agensi lain sentiasa bersedia menyelaraskan operasi.

“Ini termasuk memaksimumkan penggunaan aset, kepakaran dan sumber manusia di seluruh perairan negeri ini,” katanya semasa merasmikan pembukaan latihan anjuran Pusat Penyelarasan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuching pada Selasa.

Menurut beliau, sebagai negara anggota Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) yang terikat dengan Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982, Malaysia amat komited menyediakan khidmat carilamat yang pantas serta berkesan.

Mengulas lanjut, Simon menjelaskan, simulasi krisis sebenar itu melibatkan pergerakan pelbagai aset laut, kenderaan darat serta tahap kesiapsiagaan pasukan perubatan tempatan.

Ujarnya, latihan bersepadu tersebut membolehkan setiap agensi memahami fungsi masing-masing di bawah Wilayah Carilamat Maritim (MSRR) demi meningkatkan kelancaran operasi bersama.

Penganjuran SAREX di Mukah kali ini turut mendapat sokongan padu pelbagai pihak termasuk Ibu Pejabat Maritim Zon Bintulu, Pejabat Parlimen Mukah, Pejabat Residen dan Daerah Mukah serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok