Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di Bentong, sebagai kehilangan besar kepada parti dan masyarakat.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata, Allahyarham adalah pemimpin muda yang komited, berjiwa rakyat serta sentiasa istiqamah dalam memperjuangkan parti.

“Allahyarham telah kembali ke rahmatullah dalam kejadian pokok tumbang di Bentong pada tengah hari tadi. Lebih memilukan, tragedi tersebut turut meragut nyawa isteri, adik ipar serta seorang anak Allahyarham.

“Sesungguhnya, pemergian Allahyarham satu kehilangan yang amat besar. Bukan sahaja kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan, malah kepada UMNO Bahagian Maran, Pergerakan Pemuda UMNO Pahang serta Badan Perhubungan UMNO Pahang,” katanya.

Wan Rosdy berkata, bagi pihak Badan Perhubungan UMNO negeri, beliau merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mohd Radzi.

Beliau turut mendoakan agar keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat itu.

“Marilah kita mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan semua yang terkorban.

“Mengampunkan segala dosa mereka serta menempatkan mereka dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham Mohd Radzi Rahim antara empat sekeluarga maut selepas kenderaan jenis pacuan empat roda dinaiki mereka dihempap pokok di Jalan Janda Baik-Bentong, dekat Janda Baik, di sini, tengah hari tadi.

Kejadian berlaku ketika kenderaan jenis Ford Raptor dinaiki lima sekeluarga dipercayai dalam perjalanan dari arah Bentong menuju Janda Baik, sebelum dihempap sebatang pokok yang tiba-tiba tumbang.

Selain empat maut, seorang lagi mangsa membabitkan kanak-kanak dilaporkan parah.

Related Posts

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

PENGAMPUNAN bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak disifatkan memberi ‘bola tanggung’ kepada Pakatan Harapan (PH) untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelbagai pengisian, PMK Gopeng disambut meriah
  • AdenAden
  • September 20, 2026

GOPENG – Program MADANI Kita (PMK) yang diadakan di Dewan Bandaran Gopeng di sini mendapat sambutan meriah daripada masyarakat sekitar. Pelbagai pengisian program dan aktiviti dilaksanakan seperti Jualan RAHMAH, Pemeriksaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

Anwar puji pementasan ‘Mansur dan Liu’, yakin karya seni tempatan mampu ke antarabangsa

Anwar puji pementasan ‘Mansur dan Liu’, yakin karya seni tempatan mampu ke antarabangsa

Pelbagai pengisian, PMK Gopeng disambut meriah

  • By Aden
  • September 20, 2026
Pelbagai pengisian, PMK Gopeng disambut meriah

Arena Petanque Kabong terima ‘suntikan’ RM187,000 nafas baharu komuniti

Arena Petanque Kabong terima ‘suntikan’ RM187,000 nafas baharu komuniti

Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

  • By Ezmie
  • September 20, 2026
Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip