PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka strategi baharu sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dan PRN akan datang.

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, mesyuarat berkenaan sebenarnya ditetapkan sebelum PRN Johor dan Negeri Sembilan berlangsung, sebagai sebahagian daripada persiapan awal sekiranya PRU16 dan PRN luar jangkaan.

“Setakat ini kita tidak berbincang apa-apa lagi. Kebetulan atau bukan kebetulan, PH akan bermesyuarat pada 8 Ogos seperti yang ditetapkan sebelum PRN Johor dan Negeri Sembilan lagi.

“Ia sebagai kesinambungan persiapan awal untuk menghadapi kemungkinan PRU dan PRN yang diadakan lebih awal daripada sepatutnya.

“Kita akan meneliti sebab musabab keputusan PRN Johor dan PRN Negeri Sembilan, serta mengatur strategi gerak kerja yang baharu, termasuk memperhebatkan penggunaan media sosial untuk membawa mesej-mesej penting,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen AMANAH Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Mengulas keputusan PRN Negeri Sembilan, Chow berkata, ia menimbulkan persoalan besar mengenai hala tuju politik negara.

Katanya, di Pulau Pinang, kerajaan negeri akan memberi tumpuan untuk mengembalikan fokus pengundi kepada prestasi pentadbiran, penyampaian kerajaan dan usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Kita mahu pengundi menilai kita berdasarkan pencapaian, bagaimana kita membantu rakyat serta mewujudkan peluang pekerjaan.

“Adakah semua ini tidak penting lagi? Itu yang kita mahu rakyat sendiri menilai. Kita percaya semua itu masih penting.

“Oleh itu, kita akan meneruskan usaha membangunkan Pulau Pinang di samping mengatur strategi bagi memastikan kita dapat mengekalkan pemerintahan di negeri ini,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan politik perkauman menjejaskan keyakinan pelabur, beliau berkata, perkembangan politik semasa sememangnya menimbulkan persoalan mengenai hala tuju negara.

“Memang timbul persoalan kepada pelabur mengenai hala tuju negara kita, bukan sekadar di Pulau Pinang.

“Adakah ini akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap masa depan negara dari segi kestabilan politik? Adakah suasana akan terus kondusif untuk pelaburan?

“Semua ini boleh dirangkumkan sebagai persoalan mengenai hala tuju negara susulan apa yang berlaku dan penjajaran semula kuasa politik dalam negara,” katanya.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

TAWAU – Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta iaitu pembinaan Empangan Air yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 1 dan 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan