30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Bersatu yang mempertaruhkan 24 calon, menerima tamparan hebat apabila menjadi parti tunggal terbesar yang kehilangan 23 wang deposit.

Menurut laporan Bernama, parti itu gagal memenangi sebarang kerusi dan terpaksa melepaskan satu-satunya kerusi yang disandang mereka iaitu Labu.

Sementara itu, Parti Orang Asli Malaysia dan Parti Sosialis Malaysia yang masing-masing mempertaruhkan calon tunggal, turut hilang wang deposit.

Seorang calon Pakatan Harapan (PH) turut kehilangan deposit, berserta empat calon Bebas yang juga berdepan nasib sama.

Dalam pada itu, calon lingkungan umur 41 hingga 50 tahun mencatatkan jumlah hilang deposit tertinggi, iaitu sebanyak 36.11 peratus atau 13 daripada keseluruhan 36 calon yang bertanding.

PRN Negeri Sembilan ke-16 menyaksikan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional memenangi 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan, sementara PH memperoleh 11 kerusi.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aminuddin reda keputusan PRN, yakin pelapis PH mampu bangkit

SEREMBAN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun reda dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dan menyifatkan kekalahan yang dialaminya sebagai ketentuan Allah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK