Mendidik masyarakat lebih penting daripada menang pilihan raya – Aminuddin

SEREMBAN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan usaha mendidik masyarakat supaya menilai sesebuah kerajaan berdasarkan prestasi, bukannya sentimen perkauman, sebagai pencapaian paling bermakna sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, beliau menerima keputusan yang dibuat rakyat dengan hati terbuka kerana sejak awal lagi mandat telah diserahkan kepada pengundi untuk menilai rekod pentadbirannya.

“Saya menerima apa juga keputusan yang dibuat rakyat. Dalam politik, ada kalah dan ada menang.

“Bagi saya, apa yang lebih penting ialah saya mampu mendidik sebahagian besar masyarakat untuk mengubah cara berfikir daripada hanya mementingkan sentimen perkauman kepada melihat prestasi dan apa yang mahu dibawa demi masa depan rakyat,” katanya pada sidang media PH selepas keputusan rasmi PRN diumumkan, hari ini.

Aminuddin berkata, beliau melihat perubahan positif khususnya dalam kalangan anak muda yang semakin bersedia menilai dasar, prestasi dan hala tuju kerajaan berbanding memainkan isu perkauman.

“Saya tidak pernah menyesal. Yang penting ialah kita dapat mendidik anak bangsa supaya berfikir secara lebih matang dan tidak mudah dipengaruhi momokan berasaskan kaum.

“Walaupun ada kerusi yang kalah dengan majoriti kecil, ia menunjukkan sentimen itu tidak diterima sepenuhnya oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata, rakyat perlu membuat pilihan sama ada mahu terus berpolitik berasaskan kaum atau menyokong sebuah kerajaan yang bekerja, membawa pembangunan dan memikirkan masa depan negeri serta negara.

Aminuddin turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Negeri Sembilan yang memberi peluang kepadanya memimpin negeri itu selama lapan tahun.

“Saya bersyukur diberi peluang memimpin Negeri Sembilan selama lapan tahun. Saya sudah cuba melakukan yang terbaik walaupun saya mengakui masih ada kelemahan.

“Kami akan terus memainkan peranan sebagai pembangkang yang bertanggungjawab, menyantuni rakyat dan memastikan segala perkara yang baik untuk negeri ini terus dipertahankan,” katanya.

Pada saingan tiga penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi, Aminuddin memperoleh 8,890 undi, namun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Faizal Ramli, yang meraih 10,295 undi dengan majoriti 1,405 undi.

Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zamri Md Said, memperoleh 2,662 undi.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK