‘Kajian sekadar analisis, keputusan di tangan rakyat’ – Anthony

SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) tidak terganggu dengan ramalan atau kajian dari Ilham Centre mengenai keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Timbalan Pengerusi PH, Anthony Loke berkata, ramalan tidak boleh dijadikan penentu kemenangan kerana ia sekadar analisis berasaskan metodologi tertentu, bukannya gambaran sebenar sentimen pengundi di lapangan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Setiausaha Agung DAP mengaskan, PH tidak bercadang mengulas lanjut terhadap mana-mana kajian susulan setiap analisis mempunyai kaedah tersendiri yang boleh menghasilkan dapatan berbeza.

“Tak perlu komen (lebih lanjut)… itu kajian. Macam-macam kajian ada dan semua pihak ada kajian masing-masing.

“Bukan satu sahaja, ada pelbagai pihak menjalankan kajian dengan metodologi yang berlainan,” katanya selepas selesai menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kelpin, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Anthony yang juga Calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah berkata, ramalan hanyalah seperti sekadar analisis atas meja dan bukannya turun atau berdasarkan realiti di lapangan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, apa yang lebih penting bukanlah angka atau unjuran yang dipaparkan menerusi kajian, sebaliknya keputusan yang dibuat sendiri oleh rakyat pada hari pengundian.

“Akhirnya paling penting adalah keputusan yang dibuat oleh rakyat, bukannya kajian.

“Jadi, itu yang kita lihat dan tunggu mengharapkan keputusan yang terbaik untuk PH malam ini,” katanya.

Terdahulu, Anthony tiba di pusat mengundi sekitar 11.20 pagi sebelum sebelum selesaikan melaksanakan tanggungjawab membuang undi pada 11.30 pagi.

Sebelum meninggalkan pusat mengundi, beliau turut meluangkan masa bergambar bersama beberapa pengundi yang menghampirinya.

PRN kali ini menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Loke dengan calon Barisan Nasional (BN), John Siow Kong Choon.

Pada PRN 2022 Loke memenangi kerusi DUN Chennah dengan majoriti 2,200 undi mengalahkan calon Perikatan Nasional , Rosmadi Ariff.

Sebanyak 401 pusat mengundi membabitkan 1,668 saluran dibuka serentak bermula 8 pagi, membolehkan 859,760 pemilih berdaftar termasuk 7,391 pengundi pos menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat dan menentukan kerajaan negeri untuk penggal akan datang

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah