Kampung, Sekolah Angkat MADANI perkukuh pembangunan komuniti luar bandar

SADONG JAYA – Program Kampung Angkat MADANI (KAM) dan Sekolah Angkat MADANI (SAM) mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti luar bandar secara lebih menyeluruh menerusi kerjasama erat antara kerajaan, sekolah dan masyarakat.

Setiausaha Persekutuan Sarawak, Datuk Ahmad Nadzri Mohd Hassan berkata, inisiatif yang diilhamkan Perdana Menteri itu bukan sekadar melibatkan pelaksanaan projek fizikal, malah bertujuan meningkatkan kesejahteraan komuniti serta memperkukuh kualiti pendidikan berasaskan keperluan rakyat.

“Pemilihan Kampung Pendam sebagai Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Kebangsaan Kampung Pendam sebagai Sekolah Angkat MADANI JPPM bagi tahun ini merupakan satu penghormatan yang perlu dimanfaatkan bagi memperkukuh kesejahteraan komuniti serta meningkatkan persekitaran pendidikan di kawasan berkenaan.

“Pelaksanaan program seperti ini perlu mengambil kira keperluan dan potensi setempat memandangkan Sarawak mempunyai latar geografi dan komuniti yang pelbagai, sekali gus memastikan manfaat pembangunan dapat disalurkan secara lebih berkesan kepada kumpulan sasar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Tahun 2026 di Kampung Pendam, Sadong Jaya, hari ini.

Dalam aspek pendidikan, beliau berkata Sekolah Angkat MADANI membawa aspirasi untuk memastikan murid luar bandar menikmati persekitaran pembelajaran yang kondusif, selamat dan selari dengan perkembangan teknologi, termasuk akses digital yang kini menjadi keperluan asas bagi menjamin peluang pendidikan yang lebih adil dan berkualiti.

Beliau turut menegaskan bahawa kejayaan program berkenaan bergantung kepada kerjasama berterusan antara pentadbiran Persekutuan, Kerajaan Sarawak, agensi pelaksana dan kepimpinan akar umbi menerusi pendekatan Whole of Government bagi mempercepat penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua agensi mengekalkan momentum pelaksanaan sehingga penghujung tahun ini dengan memastikan setiap projek disiapkan mengikut jadual serta dipantau secara berterusan berlandaskan prinsip integriti, ketelusan dan kepentingan penerima manfaat.

Pada masa sama, beliau menggesa penduduk Kampung Pendam dan warga Sekolah Kebangsaan Kampung Pendam supaya bersama-sama memelihara setiap kemudahan yang disediakan agar pelaburan kerajaan terus memberi manfaat kepada generasi akan datang.

Related Posts

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Miri tampil mengecam keras tindakan pihak tertentu yang mengeksploitasi institusi keagamaan Kristian, termasuk watak paderi dan biarawati, sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang